Lecithin Untuk Diet dan kegunaan lain

Hari ini kita membincangkan mengenai lecithin.
Apa itu lecithin?

Ini adalah struktur lecithin. Haah? Sesiapa yang ada belajar kimia semasa nak ambil SPM dulu tahu lah agaknya.



Apakah Lecithin itu?
Lecithin adalah sejenis protein yang diperlukankan oleh setiap sel hidup di dalam tubuh manusia.
Membran sel yang mengatur keluar masuk nutrisi ke sel terdiri daripada Lecithin, lapisan yang mengelilingi otak, otot dan saraf juga terdiri daripada substan penting ini.
Lecithin terdiri dari Vitamin B choline, linoleic acid, dan insositol. Nutrisi ini membantu:
* Sebagai pemecah lemak dan kolestrol pada dinding pembuluh darah
* Mencegah pengerasan pada pembuluh darah (arterisklerosis)
* Melancarkan peredaran darah
* Mengaktifkan sel
* Meningkatkan metabolisme tubuh
* Mencegah hati yang berlemak
* Meneutralkan alkohol berlebihan dalam tubuh
* Melindungi kesihatan rambut
Lecithin sangat diperlukan oleh mereka yang lanjut usia dan mereka yang masih dibawah 40 tahun sebaiknya juga mengambil nutrisi ini.
Dos 1200mg sebelum makan akan membantu penyerapan vitamin yang larut.

Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin:-

  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan



0