Kenapa saya pilih jalan ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih kerana sudi melihat hasil nukilan saya yang tidak seberapa ini.  Ramai kalangan sahabat2 saya tertanya-tanya kenapa saya bisnes shaklee ini.

Sahabat-sahabat sekalian, hari ini saya akan jelaskan kenapa saya memilih untuk ber bisnes shaklee dan melepaskan kerja yang sudah sedia ada.  Sebelum itu cuba tengok jadual harian saya di bawah ini:


Bekerja sebagai QA processing Jam/kaya/peanut butter/chocolate/red bean

  • Hari: Isnin-sabtu
  • Masa:8Am-5 Pm  
 
 6.30 pagi-bangun dan bersiap2 untuk hantar aisyafina ke rumah pengasuh. Saya melalui 3 traffic light untuk hantar aisyafina dan sangat2 jam area scientex.
7.50pagi biasanya time ni saya baru sampai rumah pengasuh dan rush pulak ke tempat kerja
8.00-8.15 pagi biasa baru akan sampai ke tempat kerja

sebelah petang pulak;
5.00 ptg masa ni saya & partner akan membeli barangan burger dan terus rush ambil aisyafina
6.00 ptg kami akan bukak stall burger depan rumah sambil2 jaga aisy dan settlekan rumah

11.30malam barulah tutup stall burger.


Sangat2 limited masa saya bukan? Saya habiskan 9 jam + 5.5 jam bekerja dengan hati yang terpaksa sebab menampung kos sara hidup di semenanjung malaysia ini,specifically johor.


Ok,dengan bershaklee saya boleh menjalankan bisnes di rumah sambil2 jaga aisy dan settlekan rumah dengan tenang 

Dan yang paling saya suka tidak perlu lagi menempuh jam di scientex dan mengejar traffic light setiap hari

Lagipun gaji dalam shaklee ini adalah mengikut kehendak kita sendiri.  Ikut suka hati kita nak tentukan hanya dengan selaraskan dengan usaha kita

Sebab yang seterusnya, adalah saya dapat monitor aisy dengan lebih masa dan tak payah risau benda yang pelik2

comel dia..

Yang bestnya dengan bisnes shaklee ini,upline sentiasa memberi tunjuk ajar tidak mengira kita ni siapa pun.  Kalau tempat kerja siapa pandai bodek dialah yang selalu naik gaji kann??

Kita hanya perlu bodek Allah yang Esa..

Sebab lain saya pilih shaklee sebab produk nya yang natural,selamat dan berkesan..

Banyak lagi senarai sebab saya pilih shaklee, kalau nak listkan satu malam pun takkan habis. Sekadar perkongsian dengan sahabat2 sekalian dan menjawab pertanyaan membe2 kamcengku..

Kalau nak explain more detail jangan segan2 datang rumah kita borak panjang sambil minum teh dan makan goreng pisang cheese...

Ok,kita jumpa di masa lain..Assalamm..


 

 

0