Pencetus dan penggalak antibodi



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Syukur Alhamdulillah masih diberikan nikmat hidup,masih bernafas,sihat walafiat,bahagia
Bagaimana orang yang sudah ditarik nikmat pula ye? Dah kritikal,sakit sana sini..cian…kita doakan mereka ya..da keluar tajuk dah ni. 

Semalam punye cerita,semasa saya baru bukak gerai buger yang comel itu jiran sebelah dah standby meja untuk barang jualan dia. Kebiasaannya dia akan tumpang candies dan cup cake untuk dijual kat gerai saya tu. Dengan muka pucat dan terbatuk2 dia berborak  kosong dgn saya pasal anak dia yang demam suhu sampai 39 degree.

Kecian kan budak baru 2 tahun lebih bila kena demam panas mcm tu.
Dipendekkan cerita,saya sedekah nutriferon pada jiran tu untuk anak dia.  Alhamdulillah,esoknya budak tu dah sihat dan tak demam lagi..Syukur..kita usaha dan doa saja.  Kesembuhan itu Allah yang Maha Berkuasa.

Nutriferon??
Nutriferon

Penemuan terhebat dalam bidang immunologi

Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan dipaten oleh shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui shaklee.
Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis,kanser,hidrophobia(penyakit anjing gila),herpes,HIV dan lainlain lagi. Tambahan pula ia terbukti berkesan untuk melindungi kita daripada jangkitan influenza dan pelbagai jenis penyakit.


  • Interferon buat julung kali ditemui oleh Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Jepun pada tahun 1945
  • Selepas membuat kajian selama 40 tahun dengan menggunakan 200 jenis herba yang berlainan,beliau berjaya menemuisatu-satunya interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon
  • beliau menetapkan ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu,safflower,Honeysuckle Jepun dan biji plantago asiatica boleh mendorong pengeluaran interferon tubuh secara semulajadi.
  • Formula yang digunakannya adalah semulajadi,selamat,tulin dan berkesan
  • Penemuan dan rekaan beliau mendapat pengiktirafan sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.



Manfaat utama Nutriferon

  1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk meransang dan meningkatkan keseluruan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan; T-sel, B-sel dan macrophage.
  2. Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang meransang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  3. Melindungi daripada influenza - ia mengimbangi imun terhadap alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus dan mikrob (demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza)
  4. Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan dan gaya hidup aktif.
  5. Melambatkan penuaan - formula uniknya meransang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
  6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B dan C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaaa. Misalnya, kembung, mual dan muntah.
  7. Mengurangkan simptom menopaus - membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah peredaran darah dll.
  8. Mengurangkan gejala PMS - terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan dan masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

    Cara nutriferon bertindak

 Ia bertindak dalam peringkat selular melalui 2 cara:

1.Interferon ni dicetuskan pada peringkat awal semasa viral/bacterial infection untuk mengaktifkan imun sistem badan.

2.Menggerakkan sistem imun untuk mencari dan menyerang "bendasing" di dalam tubuh.


 Kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob melalui pernafasan(hawa dingin, gas buangan,asap, virus di udara, habuk),berjabat tangan,sentuhan dengan objek,makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dan lain-lain lagi.

So,apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada suatu masa,terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon,kita akan cepat keletihan,stress, tidur terganggu,dijangkiti flu, batuk,alergik,asma,ekzema, jerawat dan lain-lain lagi.

Sel-sel yang teroksida akan membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degenaratif,penyakit kronik,kanser dan lain-lain lagi.

Need more info?

me photo image_zpsac277c10.jpg


#Post 1

0