Untuk Tulang Yang Kuat



Tahukah anda,ada beberapa tanda-tanda seseorang itu kekurangan kalsium dalam diet harian. Antaranya ialah;

1.   Ngilu pada punggung atau pinggang 
2.    Kuku mudah patah
3.    Sering sakit gigi/gigi berlubang
4.    Tekanan darah tinggi
5.    Degupan jantung yang laju
6.    Sakit kepala
7.    Selalu kejang/kebas kaki
8.    Imsomnia(sukar tidur)
9.    Tulang senang retak
10. Gugup, cemas, cepat marah
11. Ngilu pada sendi
12. Masa menstrual yang panjang

Kebanyakan orang akan mengaitkan kalsium dengan tulang sahaja.  Sebenarnya kalsium juga penting untuk kesihatan sistem saraf,pembuluh darah,kontraksi otot,aktiviti sel darah putih,pembahagian sel, pengeluaran hormone,penghantaran maklumat dan sebagainya.  99% daripada jumlah keseluruhan kalsium terdapat pada bahagian tulang dan gigi. Baki 1% lagi adalah dalam bentuk plasma atau ionik kalsium. 


Makanan berkalsium

Susu memang terkenal dengan sumber kalsium malangnya bukan semua orang boleh meminum susu untuk mendapatkan kalsium dalam diet harian.  Mereka boleh makan makanan seperti almond, brokoli,  sayuran berdaun hijau yang mengandungi kalsium


·       Produk susu rendah lemak  mengandungi lebih banyak kalsium berbanding yang tinggi lemak. Oleh itu lebih baik kita mengambil susu, yogurt, dan keju yang rendah lemak.



·       Kalsium diserap dengan lebih baik pada waktu malam hari. Ini kerana pada malam hari, kelenjar tertentu dan hati paling aktifberfungsi. Tidak salah jika susu sering dikaitkan dengan minuman yang boleh membuat tidur lebih nyenyak.



·       Walaupun kita disarankan mengambil kalsium harian 1000 miligram atau lebih, jangan terus minum sebanyak itu dalam satu waktu kerana tubuh tidak boleh menerima  kalsium yang terlalu banyak dalam sekali minum.



·       Adakah multivitamin dan suplemen zat besi serta kalsium boleh diminum pada masa yang sama? Tidak, sebaiknya jarakkan pengambilan kalsium dengan pengambilan  tablet vitamin yang lain agar lebih mudah dicerna tubuh.



·       Susu dan produk tenusu bukan satu-satunya sumber kalsium. Jika Anda alergi dengan produk susu, kita boleh mendapatkannya dari sayuran berdaun hijau dan kacang almond panggang.



·       Selalu minum kalsium dengan segelas air atau makanan lain. Dengan demikian nutrisi tersebut mampu diserap tubuh dengan sempurna.



·        Kalsium memerlukan vitamin D agar dapat dicerna dengan optimum. Vitamin D boleh diperolehi melalui sinaran matahari, makanan, dan suplemen. 



    Sekiranya kita tidak mengambil makanan yang mengandungi kalsium, tubuh akan mengambil kalsium daripada tubuh dan faktor inilah yang  menyebabkan berlaku sakit belakang,sendi dan sebagainya.

Setiap hari, 300 ke 600 mg kalsium dalam darah dikumuh daripada tubuh kita dan kehilangan kalsium ini mesti diganti. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, sejenis hormon dikenali sebagai parathyroid atau PTH akan mula bertindak memindahkan kalsium daripada tulang kepada darah dan sel-sel untuk mengekalkan pH darah atau homeostasis. Jika keadaan ini berlarutan dalam jangka masa yang lama, kerosakan dan pereputan tulang boleh berlaku (osteoporosis). 

Apa bezanya ostematrix Shaklee dengan pil kalsium yang lain?

Dalam ostematrix Shaklee, bahan yang terkandung dalam setiap tablet tidak hanya semata-mata mengandungi kalsium sahaja, tapi turut mengandungi magnesium, vitamin D, fosforus, zink, kuprum, manganese dan boron. Kalau anda rajin, anda boleh cuba tengok supplemen kalsium lain yang dijual di farmasi. Kebanyakannya hanya mengandungi kalsium dan vitamin D sahaja.





Kenapa perlu ada bahan selain kalsium dalam ostematrix ni?



Dr Carolyn Dean, MD, ND, pakar magnesium dan juga pengarah perubatan di Nutritional Magnesium Association berkata, lebih kurang 30 atau 40 tahun yang lalu, para doktor mempreskripsi secara rutin kepada golongan lelaki dan wanita yang kebanyakannya berusia melebihi 40 tahun untuk mengatasi kesan osteoporosis akibat penuaan. Selepas 40 tahun, telah didapati bahawa pengambilan kalsium sahaja tidak memberhentikan atau melambatkan pereputan tulang malah ianya juga tidak berupaya mencegah osteoporosis.



Ilmu perubatan yang terkini telah menemukan bahawa magnesium adalah kunci kepada asimilasi dan penggunaan kalsium yang lebih baik oleh tubuh. Pengambilan suplemen kalsium tanpa magnesium dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang. Ini seterusnya akan  meningkatkan risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok.



Vitamin D yang terdapat dalam ostematrix berfungsi dalam melindungi tulang dan membantu dalam penyerapan kalsium yang lebih baik. Unsur-unsur yang lain pula berfungsi sebagai pengimbang dan saling melengkapi untuk memberikan kesan kesihatan yang lebih baik kepada tubuh anda. Ostematrix Shaklee ini bolehlah diumpamakan seperti batu-bata yang turut mempunyai simen untuk menguatkan dan mengukuhkan lagi binaannya.

manesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganese dan boron


#post 3
0