Kenapa supplemen?

Assalamualaikum sahabat sekalian,

Melambak post di FB yang mengeluh seolah-olah berputus asa dengan dugaan hidup. Dalam banyak-banyak tu, yang selalu orang mengeluh adalah pasal kena jaga keluarga dekat wad. Syukur Alhamdulillah kita masih dipinjamkan nyawa lagi..

Sebagai pengedar makanan tambahan saya selalu bercerita, sharing apa itu supplemen atau makanan tambahan ni.
Ramai juga yang cakap "aahhh.. buat apa nak telan pil-pil vitamin ni, aku dah cukup sihat dah. Kang makin gemok plak aku ni"
Ketawa saya dengar perbualan tu.

Hari ini saya nak share mengapa kita memerlukan suplemen.

1. Tubuh kita memerluan dos vitamin yang tinggi daripada sumber makanan seharian. Vitamin daripada makanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti penuaan

2. Buah-buahan mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan,penyimpanan dan penyediaan

4. Gangguan penyerapan zat di dalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit,laksatif,ubat-ubatan,alkohol,minuman keras dan antibiotik

5. Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan,lemak,kolesterol,gula dan garam akan mengurangkan  simpanan mineral dan menganggu penyerapan mineral

6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang mencabar,sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan

7. Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yang  tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan

8. Persekitaran yang tercemar dan imunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan tubuh badan mudah dihinggapi penyakit

Ayuh sahabat, sertai saya untuk mengajak orang lain menjaga kesihatan agar umat kita sihat,kuat dan cergas..

Sampai bertemu kembali dengan pos yang lebih sarat dengan maklumat..

Peace dan selamat berhujung minggu


0