Tips kesuburan lelaki

Assalamualaikum sahabat sekalian..

Hari ini saya ingin kongsi sedikit tips untuk mengekalkan dan meningkatkan kesuburan kaum adam yang mana masih belum mendapat cahaya mata atau ingin menambah umat adam.




 


Comel kan mereka ni???

Sebelum ini saya berkongsi pendapat vitamin yang sesuai untuk menambahkan kesuburan lelaki, sila baca di sini.

Ini adalah antara tips yang saya nak kongsikan kepada sahabat sekalian,

1. Tinggikan bilangan sperma anda
    
    Haahh?? Macam mana tu?


    Purata bilangan sperma adalah 120-350 juta per sentimeter padu. Apa yang dikatakan bilangan sperma rendah adalah 40 juta per sentimeter padu. Bilangan yang rendah ini adalah disebabkan persekitaran yang banyak toksik seperti terdedah kepada asap rokok, penggunaan bahan kimia, terdedah kepada radiasi, penggunaan alkohol yang berlebihan, terdedah kepada pencemaran logam berat, dan pencemaran lain yang berleluasa di negara sedang dan telah membangun.  Terdapat sesetengah ubat-ubatan yang boleh mengurangkan bilangan sperma. Untuk kes ini sila rujuk doktor anda.

2. Jangan Memakai Seluar yang Ketat

   Organ pembiakan lelaki juga memerlukan pengudaraan yang baik. Jangan memakai seluar dalam atau jeans yang ketat kerana 'si dia juga perlukan fresh air.  Ada kajian yang mendapati pemakaian boxer adalah lebih baik daripada seluar dalam biasa dari segi kesuburan lelaki.


3. Ubah diet kepada yang lebih sihat

  Amalkan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar kerana ia boleh meningkatkan kesuburan kaum adam.  Elakkan penggunaan tembakau, alkohol dan makanan proses. Ramai yang memilih makan makanan segera kerana penyediaan yang mudah dan cepat.  Tapi sebenarnya kandungan perasa tiruan,pewarna dan MSG yang terkandung dalam makanan tersebut memberi kesan tidak baik kepada kesihatan dan kesuburan anda.  Ada beberapa kajian yang mendapati kecacatan sperma mungkin disebabkan makanan yang tidak sihat.

4. Bersenam

  Bersukan atau bersenam dapat memperbaiki tahap kesuburan lelaki dengan mengurangkan tekanan emosi dan memperbaiki berat badan agar sentiasa ideal.  Ada beberapa jenis senaman yang boleh diamalkan selalu untuk meningkatkan kesuburan.  Sila google yaa sahabat sekalian

5. Pengambilan makanan tambahan

Ada beberapa vitamin yang boleh diamalkan bagi meningkatkan tahap kesuburan lelaki.  Antaranya adalah Zink. Zink memang dikenali dapat meningkatkan paras hormon testosteron, meningkatkan kuantiti sperma dan mortiliti sperma.
Selain itu Vitamin C(2000-6000mg sehari) juga bagus untukmengelakkan sperma melekat dan bergumpal antara satu sama lain dan dengan ini memudahkan pergerakkan menembusi ovum.  Vitamin E, selenium, Vitamin B juga penting dalam kesuburan lelaki.  Sila rujuk doktor anda akan hal ini sekiranya sudah menjalani pemeriksaan berkaitan kesuburan.


Banyak lagi tips yang boleh dikongsikan tetapi buat masa ini saya dapat kongsi 5 tips dulu.
Akhir sekali sila layari video ini untuk para suami yang masih berusaha memperbaiki kesuburan anda.

http://www.youtube.com/watch?v=Ci_c86Pr7sY


Saya doakan usaha kalian akan ada hasil satu hari nanti. In sha Allah dengan berkat usaha, kesabaran dan doa kita akan dapat hasil yang lumayan..

Sehingga bertemu lagi.

    

0