Aku dan pneumonia

Jangkitan paru-paru! Itu lah sebenarnya pnenomonia ni. Nak sebut pun saya tak berapa reti. Ia adalah jangkitan pada paru-paru yang menyebabkan kita demam berpanjangan, susah bernafas dan batuk. Itulah yang saya hidapi semasa belajar dulu pada tahun 2004. Doktor mengesahkan saya kena penyakit ini selepas menjalani ujian x-ray di HSA Johor Bahru pada masa tu. Bermula dengan demam biasa sahaja sampai tak boleh tahan dah jumpa doktor.

Saya ni merupakan seorang yang aktif dalam bersukan, bukan tu saja malah berfutsal malam-malam dengan kawan-kawan, mengeteh ramai-ramai. Macam tu lah pelajar melepaskan stress kan. Ada satu petang tu kami main basketball dan memang rasa badan tak berapa sedap dan demam. Arwah Wan Puteri memaksa saya untuk berjumpa dengan doktor dekat salah sebuah klinik swasta di Taman Universiti Skudai. Doktor tu sangat terperanjat sampai cek suhu dahi saya berkali-kali. Mana taknya,suhu badan saya dah mencapi 42 degree. Doktor tu cepat-cepat buat surat dan menyuruh kami pergi ke HSA sebab katanya kes ni bukan main-main. Erkk, kalau memain tak lah saya datang klinik dia ni.

Esoknya hasil pemeriksaan doktor kat HSA memang saya terkena jangkitan paru-paru. Yang peliknya saya tak ada rasa apa-apa pun kecuali pada waktu petang sampai ke malam. Saya akan mengalami demam panas dan rasa pening. Dalam 4 hari kalau tak silap kena tahan dekat wad. Macam-macam antiobiotik saya makan masa tu. Setiap hari memang menjadi rutin doktor akan memeriksa paru-paru dan suhu badan untuk memastikan jangkitan dah berkurangan.

Hasilnya??

Antibodi badan saya dah makin berkurangan melawan penyakit. Saya tak boleh kena hujan sikit dah demam. Sebelum tu siap mandi hujan satu kolej lagi tapi tak demam pun. Sejuk sikit pn tak boleh dah kena selesama.  Ini adalah pengalaman yang saya hadapi. Sebab apa yang saya tahu makin banyak sintetik antiobiotik yang masuk dalam badan lama kelamaan kuman (bakteria ke fungus ke) akan resistan kepada antiobiotik tersebut. Dan antibiotik tu lama-lama takkan dapat melawan kuman dan terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat.

Apa yang saya cadangkan?

Ambillah vitamin untuk menjaga paru-paru dan kesihatan anda secara umumnya. Macam mana pun saya perkenalkan dengan anda set pneumoni dalam shaklee ni yang dapat membantu anda menyah kan kuman dalam paru-paru anda, Dan untuk para perokok juga sangat sesuai mengambil set ini

Set pneumonia

1. Vitamin C-memperkuatkan sistem imun badan
2. Zinc complex- Berfungsi dalam pemulihan
3. Garlic- antibiotik semulajadi dan bukannya sintetik ya
4. Vivix- sangat bagus untuk pemulihan sel. untuk perokok dan batuk kering sangat digalakkan
5. Omega guard- memperbaiki tisu paru-paru
6. Nutriferon- Membantu masalah demam,lemah imun dan mempertingkatkan sistem imun


Nak lebih tahu dengan lebih detail sila hubungi saya



0