Anak Isteri Ustaz Azhar Idrus Luah perasaan

Betul-betul 'Hot' gossip ni. Semalam saya pergi rumah member pun diorang sibuk cakap pasal gossip ni. Sudah-sudah la tu kan, bagi saya dah tentulah tak betul. Video semua tu kan boleh edit.

Memang tak masuk akal hanya dengan rakaman video menggunakan kamera ala potatot dan berdurasi kurang dari 1 minit mampu membuat ramai orang percaya dia adalah Ustaz Azhar Idrus. Kalau kamera yang canggih dan high tech tak ape juga la kan.

Pandangan saya, ia adalah salah satu cara untuk menjatuhkan rating golongan ulama yang menjadi trend ikutan masa kini. Kebanyakan anak muda lebih suka kepada para ustaz dan ustazah yang sporting dan menyampaikan nasihat dan teguran secara terbuka dan agak santai. Pastinya keadaan seperti ini mengundang hasad dengki dan ketidakpuasan hati pada sesetengah pihak yang tidak meminati malah benci dengan mereka.

Berikutan dengan penyebaran video tersebut, anak sulung, isteri pertama dan isteri ke dua ustaz azhar Idrus meluahkan perasaan. Mereka agak terkejut dengan penyebaran video tersebut dan tentunya mereka sentiasa penyokong ketua keluarga mereka tu. Alhamdulillah, ini lah salah satu contoh keluarga sakinah.

Memang inilah salah satu tanda-tanda hari kiamat, golongan ulama dikhianati dan dicaci tetapi golongan pembuat golongan maksiat diangkat tinggi.
Janganlah kita terpedaya dengan tipu daya mereka yang tidak berakal ini. Semoga Ustaz Azhar dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga mereka yang tak bertanggunjawab ni dapat diheret ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.




0