Anak perhatikan sikap ibu

Bayi belajar melalui persekitarannya, ibu adalah yang paling rapat dengan mereka. Tingkahlaku, perkataan yang keluar daripada mulut ibu menjadi perhatian bayi. Jika ibu tiada, maka ia memberi sesuatu kesan tertentu kepada anak.

Sebab itu, tingkah laku dan perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu hendaklah yang baik-baik sahaja. Untuk memberi kesan positif kepada anak jangan membawa perasaan geram,  marah anda sampai ke rumah.Stress, atau apa sahaja masalah ditempat kerja kangan sesekali bawa ke rumah. Kunci baik- baik kat tempat kerja.  Ada sesetengah ibu yang sanggup memukul anak kerana tidak dapat mengawal perasaan walaupun anak hanya melakukan kesalahan kecil.  

Ibu yang bekerja memang banyak dugaan. Jika tidak pandai membahagikan masa akan menimbulkan beberapa masalah yang melibatkan suami, bos, kawan dan juga anak. Sebab tu kalau betul nak kerja kena betul-betul ready agar mental kita betul-betul bersedia untuk menhadapi macam-macam tekanan.

Jika ibu memperlihatkan sikap yang positif maka anak pun akan turut sama menjadi seorang yang positif. Jika terlalu sibuk dan masa kerja yang panjang ibu kena lah pandai menggunakan masa yang ada. Masa itu emas ok. 

w
0