Asma Tapi Mengandung

Asma merupakan sejenis penyakit paru-paru yang kronik dan pesakit mempunyai tahap keterukan yang berbeza. Wanita yang ada asma boleh mengandung ke? Persoalan ini biasa ditanya oleh pasangan yang baru berkahwin dan mempunyai masalah asma.

Wanita yang asma tiada masalah untuk mengandung TETAPI mereka perlu menjaga kesihatan diri dan perlu melakukan beberapa perkara untuk memastikan tiada masalah berlaku sama ada kepada ibu mahupun bayi.

KENAPA ASMA BAHAYA KEPADA WANITA MENGANDUNG?

1. wanita mengandung berisiko mengalami tekanan darah tinggi dan sekaligus boleh menyebabkan kelahiran pra-matang

2. Tumbesaran bayi terbantut kerana oksigen yang diperolehi tidak mencukupi menyebabkan bayi yang lahir kurang berat badan dan yang paling teruk boleh menjadi punca kematian bayi.

So, apa yang boleh ibu asma ni lakukan?
1. Elok la berunding dengan pakar ataupun kaunselor kesihatan agar dapat mengurus asma dengan betul semasa mengandung

2. Perlu mempelajari penggunaan inhaler yang betul kerana ia lebih selamat berbanding menggunakan ubat-ubatan

3. Berbincang dengan doktor tentang keseriusan asma anda. Ini penting agar anda dapat bersedia kenungkinan yang akan berlaku. Doktor akan mencadangkan cara yang sesuai sama ada menggunakan ubat-ubatan, inhaler atau sebagainya

4. Kawal asma anda. Bagaimana? Anda tahu apa yang merangsang asma anda sama ada habuk, debunga, bulu binatang, asap, hama atau apa sahaja. Gunakan inhaler atau salbutamol untuk mengembangkan paru-paru sekiranya asma menyerang.

5. Sebelum bersalin, pastikan anda memaklumkan kepada doktor tentang masalah asma anda kerana mereka akan menggunakan gas nebulizer yang dicampurkan dengan ubat untuk menolak masuk ke dalam paru-paru anda

Anda juga mungkin boleh mencuba beberapa supplemen yang sesuai untuk kandungan dan asma anda. Antaranya adalah;

1. OmegaGuard
Ia adalah minyak ikan yang mengandungi DHA & EPA yang terbaik di pasaran. Ia bolehmerangsang sistem imun dan merupakan anti stress

2. Vitamin C
Merupakan antioksidan dan menentang iritasi semasa pernafasan

3. Osteomatrix
Pil kalsium yang menyekat serangan dengan menghalang kontraksi otot bronkial

4. B compleks
Memberi tenaga disamping mengandungi Asid folik yang penting untuk perkembangan bayi
0