Bangla hormat orang melayu

Petang tadi semasa membeli barang harian singgah kat satu kedai iaitu RINTING FROZEN KOTA MASAI. Apa yang best nya pekerja dia tak ramai pun ada 2-3 orang pekerja tempatan yang lain- lain tu warga asing.  Warga asing kebanyakan macam paham tak paham dengan bahasa melayu. Petang tadi al kisahnya saya bawa baby aisy afina sekali beli barang. Kebetulan pula saya beli barang agak banyak hari ni. Selepas bayar kat kedai tu, cashier arahkan warga asing tolong angkat barang saya walaupun aisy afina saya tak dukung.
Pekerja tu siap hantar masuk dalam bonet kereta lagi. Alhamdulillah, masih ada lagi orang macam ni kat malaysia ni walaupun bukan warga malaysia.

Kes ke 2 pula.

Dulu pernah kerja kilang kicap & sos. Pekerja bangladesh memang lah ramai. Sebagai seorang qc kat kilang tu saya selalu lah training mereka2 ni. Warga asing selalu bertukar- tukar , selabg setahun dua orang lain pula yang ganti. Naik pening saya train diorang.
Kerja sebagai qc pun ada shift juga, bukan setakat bangla2 tu yang kena shift. Apa yang menariknya bila kena shift malam qc ni pun mata tak boleh tahan sangat area kul 1 sampai kul 3 atau 4 pagi. So, warga asing ni ada sesetengah nya yang akan sediakan tempat tidur untuk qc mereka. Tapi jangan salah anggap pula, tempat tidur tu hanyalah sekeping layer pad yang akan dibentangkan ke atas lantai. Diorang akan bentangkan layer pad tu selepas kerja meng 'grind' segala chili, halia atau serai yang perlu untuk ramuan sos/ kicap eaok harinya.
Pengalaman saya bercampur dengan warga asing ini agak lama juga, selepas habis matrikulasi saya dah mula bercampur dengan diorang sebab kerja kilang ni..

Kesimpulannya, bukan semua warga asing tu JAHAT. Masih ada lagi yang bagus budi pekertinya. So kita tidak boleh membezakan-bezakan layanan disebabkan warna kulit, bangsa atau agama. Semua manusia ada hak untuk hidup secara aman.

sekian cerita saya. peace dan assalamualaikum.

0