Fenomena takut Hantu

Kita selalu bertanya, hantu wujud ke? Sesetengah orang cakap apabila roh tak tenteram maka ia akan bangkit dari kuburnya dan menganggu orang lain atau minta pertolongan orang yang hidup. Betul ke?

Hantu dalam masyarakat melayu wujud dengan rupa yang menakutkan dan antaa yang sering disebut dan diceritakan adalah seperti pocong,puntianak, langsuir, hantu kubur dan macam-macam lagi la.

Dalam Islam pula macam mana?

Dalam Islam, semua apa yang kita dengar itu adalah tiak wujud  dan tiada kena mengena langsung dwngan roh orang mati TETAPI ia adalah iblis, jin dan syaitan. Mempercayainya pula merupakan wajib kerana ia adalah disebut secara jelas di dalam Al quran dan Sunnah. Dan apabila ia disebut jelas dalam Al quran dan Sunnah maka Ia termasuk dalam rukun Iman iaitu beriman kepada Kitab Al quran dan beriman kepada rasul.

Firman Allah dalam surah Al kahfi ayat 50 menjelaskan tentang asal usul syaitan dan iblis " Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: " Sujud lah kamu kepada Adam " Lalu mereka sujud melainkan Iblis. Ia adalah berasal daripada golongan jin lalu ia menderhaka kepada perintah Tuhannya. Oleh itu patutkah kamu menjadikan Iblis dan Keturunannya sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada Ku? Sedang mereka adalah musuh bagi kamu, amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

Ayat 27 Surah Al-A'raf pula menjelaskan tentang sifat Jin dan Syaitan itu yang ghaib dan tidak boleh dilihat oleh manusia. Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai anak-anak adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merwka berdua untuk memperlihatkan mereka aurat mereka( yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman"

Jadi, boleh ke shaitan dan jin menyerupai benda lain seperti wajah manusia?
 Pada hakikatnya iblis, syaitan dan jin tidak boleh dilihat tetapi dengan kelebihan tertentu ianya boleh menyerupakan diri dengan rupa tertentu termasuk bagi tujuan menakut-nakutkan manusia.

#So lepas ni, jangan takut-takut lagi. Dan penting jangan ajar anak-anak kita untuk takut pada syaitan, iblis dan jin.

Salam dan peace!!
0