Hormon seksual wanita

Selalu sangat kita dengar perkataan hormon, hormon lelaki dan hormon perempun berbeza ke? Kadang- kadang jumpa doktor pakar kulit masalah jerawat doktor akan cakap ni hormon tak stabil ni. Period tak datang pada masanya kekadang masalah hormon juga, mood tak berapa ok pun hormon, macam- macam la pasal hormon.

Hormon boleh dikatakan penyampai 'mesej' kerana ia dirembes melalui satu tisu dan bergerak melalui cecair tubuh dan memberi kesan kepada tisu lain dalam tubuh. So, hormon seksual wanita adalah testosteron dan esteogen. Bukan lelaki saja tau ada testosteron tapi wanita juga ada hormon ni cuma kuantitinya yang sedikit berbanding lelaki.

Kestabilan dan tahap normal kedua-dua hormon ini penting kerana ia memberi kesan kepada kelakuan dan pertumbuhan wanita. Jumlah dan tahap hormon berubah setiap hari. Hormon yang dilepaskan berlainan antara malam dan siang serta daripada satu peringkat kitaran haid kepada peringkat lain. Sebab itulah wanita selalu berada dibawah pengaruh hormon.

Hormon Esteogen terdiri daripada Estriol, Estradiol dan Estron. Estriol diperbuat daripada placenta dan dihasilkan semasa kehamilan. Estradiol adalah hormon seksual yang utama bagi wanita yang masih boleh melahirkan anak. Ia terbentuk daripada folikel ovari dan bertanggungjawab untuk sifat wanita dan fungsi seksual serta menyumbang kepada kesihatan tulang. Ia merupakan hormon yang terlibat dalam kebanyakan masalah ginekologi termasuk la endometriosis, fibroid dan kanser wanita yang lain. Estrone satu-satunya estrogen yang merebak keseluruh badan dan hanya muncul selepas menopaus.

Endrogen yang rendah

Wanita yang mempunyai lemak yang sedikit tidak dapat menghasilkan hormon seksual yang mencukupi. Ini memberi masalah kepada mereka yang terlalu obses dengan kurus seperti model dan para etlit yang kurang lemak. Ini boleh menyebabkan masalah putus haid iaitu amenorrea. Selain itu, ia boleh menyebabkan masalah tulang seperti osteoporosis dan keretakan tulang.

Faktor penurunan Estrogen

1. Aneroksia nervosa- masalah pemakanan
2. Sukan/senaman yang berlebihan
3. Sindrom PCOS
4. Hypopituitarism
5. Hypogonadism
6. Kegagalan kehamilan
7. Premenopaus dan menopaus
8. Ubat-ubatan seperti cloniphene
9. Selepas melahirkan anak
10. Menyusukan anak

Faktor peningkatan Estrogen

1. Semasa akil baligh- perubahn pada tubuh badan wanita
2. Berat badan berlebihan
3. Tekanan darah tinggi dan diabetes
4. Mengandung
5. kehadiran tumor pada ovari, teatea, kelenjar adrenal
6. Ubat-ubatan seperti steroid, ampicillin, tetracycline, phenothiazines

Testosteron yang tinggi

1. Boleh menyebabkan masalah haid yang tidak tetap atau terus tidak mengalami haid
2. Memiliki lebih banyak bulu berbanding wanita normal
3. Masalah botak
4. Jerawat 
5. Suara yang sedikit garau, clitoris yang besar, jisim otot yang tinggi
6. Boleh menyebabkan MANDUL ( tidak subur)
7. PCOS - mereka yang ada masalah ini mpunyai testosteron yang tinggi

Oleh itu, sangat penting untuk kita menjaga keseimbangan hormon supaya masalah lain tak timbul. 

Mungkin anda meminati GLA COMPLEX yang boleh membantu anda untuk menstabilkan hormon.



0