Kempen i want to touch a dog: Berbaloi ka?

Kempen i want to touch a dog: Berbaloi ka?



Banyak betul feedback yang negetif dekat laman social. Salah seorang yang post kat Fb pasal kempen ni adalah ex classmate saya masa kat UTM. Yang peliknya dia suka sangat dengan kempen tu,mungkin sebab tak pernah kena gigit dengan anjing kot. 

Lebih kurang muka Ricky kami dulu

Pada saya bukan i want to touch a dog patutnya nama kempen tu tapi how to handle the mughallazah. Saya sendiri membela anjing semenjak kecil lagi. Bukan bangga ataupun menjatuhkan diri sendiri tapi just nak bagi tau. And saya bela bukan dalam rumah. Sebab bela: Keselamatan. Elektrik kat kampung saya dari dulu lagi limited. Kalau tak silap mula ada elektrik ni tahun 1993 kalau tak silap itu pun pakai generator beberapa orang kampung. Cas dikenekan rm10 setiap bulan dan hanya akan hidup mula jam 6 sampai jam 11 malam sahaja. Anjing merupakan cctv kami pada masa itu and sampai sekarang. Ada banyak kali juga rumah hampir kena pecah masuk tapi salakan anjing mengejutkan kami daripada dibuai lena.

Apa yang saya nak cakap sebab membela anjing itu ada. bukan suka-suka sebab ada beberapa

Memang nak sertu/samak memang mudah tapi kita hidup bukan berseorangan. Ada anak-anak kecil yang bukan selalu dalam pemerhatian kita. Macam mana kalau anak-anak tersebut dijilat anjng tanpa kita tahu. Yee,Islam itu MUDAH lagi memudahkan. Tapi, kita dah tau risikonya kenapa mesti nak buat juga?

Melainkan atas sebab-sebab tertentu seperti keselamatan.




Nurul Izzah, Naib Presiden PKR melalui tweetnya turut mengucap tahniah kepada penganjurnya.

“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang”

Ia dibalas Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

“YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal”

Lantas Nurul Izzah menyindir Fathul Bari.

“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais)”

Ia dibalas lagi Fathul Bari.

“YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

http://www.hmetro.com.my/node/3322

Kota Bharu: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang terbabit dalam kempen ‘I Want to Touch A Dog’ yang diadakan di Selangor kelmarin, sebagai golongan mempunyai kepala namun di dalamnya tidak mempunyai otak.

Katanya, mereka yang menyertai program itu adalah orang Islam tetapi tidak boleh berfikir kebaikan dan keburukan.

"Penganjuran program itu tidak munasabah kerana membabitkan orang Islam," katanya.


Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas program menyentuh anjing yang diadakan di Selangor kelmarin ketika berucap pada Majlis Sempena Pentadbiran di Kelantan 24 tahun dan Pelancaran Buku Khalifah karya Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kelantan Trade Centre, di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Oktober 2014 @ 5:06 PM

Untuk info mengenai Anjing dalam perspektif islam sila ke link ni,Insha Allah ada penjelasannya


http://islamqa.info/id/69840


Video beberapa ustaz terkenal mengenai anjing pulak

http://www.youtube.com/watch?v=LWh3UlU-ylQ
http://www.youtube.com/watch?v=hI7EXz8RBJo
http://www.youtube.com/watch?v=SdaIp1gBkcs
http://www.youtube.com/watch?v=IJVDBQTsxIw




Allahu alam





0