Kurus selepas bersalin

Semua ibu-ibu idamkan bentuk badan yang cantik dan menarik. Akan tetapi ramai pula yang naik berkilo-kilo selepas bersalin, apakan tidak selera makan bertambah-tambah selepas habis pantang. Tu dah namanya pantang jumpa makanan.

Saya mengandungkan Aisy Afina berat mencecah hampir 60 kg juga, tapi itu adalah normal sebab baby pun dah besar kan masa tu dalam perut. Selepas bersalin, berpantang macam biasa lah, orang kampung banyak sangat yang tak boleh dimakan. Jadi dalam pantang kira slim la juga. Makan zink complex membantu saya mempercepatkan luka jahit. Maklumlah first time mesti banyak jahit kan.

Selepas habis pantang saya mengamalkan minum ESP sebagai sarapan dan sebagai minum petang. Biasa lah, orang menyusukan anak ni cepat lapar. Standby biskut lemak banyak-banyak kat almari ajaib tu.

Syukur Alhamdulillah minum ESP DAN ALFALFA je berat badan maintain 50 kg dah. Berat sebelum preggy lah tu. Apa yang best susu badan pun banyak dan pekat. Tu la keistimewaan dua produk ni bila kita ambil semasa menyusukan anak.

Cinch pun bagus, saya pernah minum perisa cafe latte. Mulanya belikan untuk suami, dia pun sibuk berdiet tengok bini slim je kan. Bila dah beli tak nak minum pula, katanya macam ada rasa susu. Sedap je saya minum, end up saya yang habiskan. Apa yang bestnya dengan cinch ni? Ia buatkan saya tahan lapar dan tak rasa kebulur je. Badan rasa fit je sebab tak menggeleber.

Saya tambah supplemen lagi selepas dah naik kerja iaitu ostematrix. Sebab badan saya lenguh dan belakang rasa sakit.  Lagipun saya banyak menggunakan tenaga semasa waktu kerja. Bagus ostematrix ni, sakit- sakit pinggang dengan lenguh-lenguh tu hilang. Ibu yang menyusukan anak memang memerlukan kalsium yang lebih daripada biasa. Ini kerana kalsium yang kita makan diperlukan oleh baby dan kalau dalam diet harian kita tak ada kalsium maka kalsium daripada tulang belakang akan diambil.  Sebab tu orang- orang tua asyik bagi susu je kat wanita yang baru lepas bersalin. Siap pesan lagi, nanti urat sakit kalau tak minum susu.  Bukan setakat urat je sakit, tulang belakang pinggang semua sakit kalau kurang kalsium ni

Itu cerita saya semasa berpantang dan selepas berpantang. Jadi, anda bagaimana? Puas hati dengan cara anda berpantang?

Hubungi saya:
Hp : 0182293772
FB: agie agusto
BLOG: agieagusto.com


0