majlis kahwin Vs majlis orang meninggal

Orang melayu kita ni memang kaya dengan majlis adat istiadat. Yang kerap kita dapat undangan tak lain tak bukan adalah majlis kahwin. Kekadang tu sampai dua majlis serentak nak kena pergi. Kalau anda berada di situasi dapat jemputan kahwin dan ada orang meninggal mana satu nak pergi? Kalau tempat dekat memang tak kisah tapi kalau jauh-jauh?

Orang kita ni patern suka pergi majlis kahwin berbanding majlis kematian, mana tak nya dapat makan sedap-sedap, tengok pengantin, dapat dengar lagu yang best-best. Tapi kalau pergi majlis orang meninggal dapat lah makan biskut lemak tu atau orang panggil biskut mayat cecah teh o, dengar orang mengaji dan tengok muka orang yang sedih-sedih. Dua keadaan yang berbeza.

Tapi bagi saya pergi tempat orang meninggal tu elok. Dapat mengingatkan kita pada kematian. Yang meninggal tu pernah hidup, mungkin pernah bergurau senda dengan kita. Masa kita akan sampai juga untuk jadi seperti si mati.

Menghadiri majlis pengantin pun elok juga. Orang jemput wajib kita hadir kalau tiada apa-apa halangan. Yelah, makan minuman semua mereka dah sediakan untuk para jemputan, kalau tak datang kan dah membazir tu. Selain itu, mungkin kehadiran kita ke majlis teraebut mungkin memeriahkan lagi suasana.

Menghadiri majlis kematian ada tatacaranya. Pakaian hendaklah dijaga sekiranya nak melawat. Accessories juga kalau boleh hendaklah dikurangkan sebab saudara mara orang yang meninggal tu tengah berkabung. Selain itu, cara kita bercakap dan bergaul dengan orang kat tempat majlis hendaklah sopan dan suara jangan kuat sangat. Tidak elok bercakap pasal keburukan si mati lagi - lagi di depan saudara mara si mati. Ini akan membuatkan saudara mara bertambah lagi sedih. Kalau boleh elok la kita sertai orang yang mengaji atau membantu mana yang patut seperti menggali kubur atau jika sebagai jiran memberi makanan dan minuman pada keluarga si mati.

Berbeza pula dengan majlis kahwin, pakaian kita accessoriea dah tentu macam- macam jenis. Tapi seeloknya jangan pula kita memakai semua tu untuk menunjuk-nunjuk. Takut-takut orang ingat kita pula pengantin nanti. Seboleh- bolehnya pakaian yang kita pakai adalah menutup aurat dan pergaulan antara yang bukan muhrim hendaklah dijaga.



0