Mitos mengenai kesuburan lelaki

Mitos mengenai kesuburan lelaki


Apabila sebut mengenai subur dalam ertikata inginkan zuriat semua point orang melayu kita ni tuding pada perempuan. Bunting pelamin yang dapat nama tak lain tak bukan lelaki. Tapi bila lambat atau belum dapat zuriat lagi yang akan selalu dipersalahkan adalah si isteri. Sebenarnya, si suami adalah memainkan peranan yang penting dalam soal mendapatkan zuriat. Bukan wanita sahaja yang boleh dipanggil subur tak subur tapi lelaki turut sama terlibat dengan perkataan itu.


Macam-macam mitos atau 'orang tua kita cakap' yang selalu kita dengar, ada yang logik dari segi saintifik dan ada juga yang menyimpang ke laut.

Antara mitos-mitos tersebut adalah seperti berikut:

1. Asid folik hanya untuk wanita sahaja

Biasanya wanita yang cuba untuk hamil hendaklah mengambil supplemen asid folik untuk mengelakkan bayi daripada sebarang kecacatan semasa proses pembentukannya dalam rahim. Lelaki juga sebenarnya memerlukan asid folik untuk memastikan kenormalan kromosom. Mengikut satu kajian yang dibuat di California, lelaki yang tidak mendapat asid folik yang secukupnya di dalam diet mereka mempunyai kadar ketidaknormalan kromosom yang lebih tinggi di dalam sperma mereka. Vitamin C dan E juga menggalakkan sperma serta mineral-mineral  zink dan selenium. 


2. Stress hanya menjejaskan kesuburan wanita sahaja

Ada kajian yang menunjukkan stress yang berlebihan boleh merendahkan kiraan sperma dengan menghalang penghasilan testosteron. Jadi, bagi mereka yang selalu stress ambil sedikit masa untuk release tension seperti aktiviti berurut

3. Menahan diri daripada melakukan seks memperbaiki kualiti sperma. 


Sesetengah pasangan menahan diri selama beberapa hari malah berminggu untuk menyimpan sperma ini sehingga waktu subur wanita. Ia adalah cara yang betul bagi lelaki yang normal kiraan spermanya. Bagaimanapun,bagi lelaki yang tidak mempunyai kiraan sperma yang banyak para pengkaji mendapati walaupun ia mengambil masa satu atau dua hari bagi sperma menambah jumlahnya selepas ejakulasi, menunggu lebih lama boleh menyebabkan sperma berubah bentuk dan menjadi kurang bergerak.

4. Pernah buat vasektomi, dah tak dapat anak lagi


Vasektomi adalah pemotongan atau pengikatan tiub yang membawa sperma di dalam testikal. Ia adalah salah satu bentuk kawalan kelahiran kekal. Akan tetapi, ia juga boleh dibalikkan dan kesuburan boleh dikembalikan.

5. Lelaki tak payah ada diet kesuburan yang khusus


Kebanyakan lelaki jarang menjaga pemakanan dan cara hidup yang sihat. Satu kajian dari Brazil mengatakan lelaki yang minum alkohol dan kopi yang tinggi serta makan daging cenderung untuk mempunyai sperma yang yang lembap dan kurang subur. 



Kebanyakan jamu dan suplemen hanya sinonim terhadap orang perempuan sahaja. Untuk mendapat zuriat, apa salahnya dua-dua pihak masing-masing berusaha memperbaiki pemakanan,cara hidup dam pemikiran mengenai kesuburan.

Ini pula suplemen yang boleh dicuba oleh kaum lelaki untuk menambahkan kesuburan dan mendapatkan diet seimbang.

1. B kompleks dengan Asid Folik


  • Melawan tekanan
  • Vitamin B yang lengkap termasuk Asid folik dan biotin
  • Mencegah anemia
  • Memberi tenaga dengan menukarkan makanan kepada tenaga
  •  Detoksifikasi


2. Vitamin E

  • Meningkatkan kemampuan sistem reproduktif dengan meningkatkan kiraan sperma
  • Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga 
  • Memperbaiki parut
  • Antioksidan yang kuat
  • Anti penuaan

3. Zink




  • Memperbaiki kemampuan seks lelaki,impoten, meninggikan kiraan sperma dan keupayaan seks yang bertenaga
  • Mempertingkatkan sistem imun
  • Penting untuk ovulasi wanita
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim



4. Multivitamin dan multimineral Vita-lea


  • Pelengkap nutrisi
  • Penambahan tenaga segera
  • Membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan
  • Melindungi organ dengan melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
  • Keupayaan sistem reproduktif yang penting kepada kanak-kanak yang tengah membesar













Semoga info ini berguna untuk anda. 

Sebarang kemusykilan sila hubungi saya:


0