Nutrisi yang penting untuk kanak-kanak



Segala pemakanan kanan-kanak berumur setahun ke atas amatlah penting untuk dijaga demi tumbesaran yang sihat. Apa yang diperlukan oleh mereka sebenarnya?




1. KalsiumPenting untuk perkembangan fizikal  mereka seperti gigi,tulang dan otot. Bukan pada saiz sahaja tapi juga kesempurnaan fungsi fizikal itu sendiri seperti gigi yang cantik,otot yang terbentuk dengan betul dan tulang yang kuat. Banyak makanan yang mengandungi sumber kalsium seperti susu kambing,lembu,ikan bilis, bayam apatah lagi susu ibu.  Pemilihan terhadap susu formula hendaklah sesuai dengan umur anak.

2. Zat besi
Zat besi berperanan pembawa oksigen dalam badan dalam membantupembentukan hemoglobin. Ia penting untuk tumbesaran, aktiviti otot dan perkembangan otak. Sumber zat besi termasuklah daging merah,hasil tenusu,,sayur-sayuran dan makanan laut. Telur, roti dan buah-buahan juga mengandungi zat besi

3. Protin
Ia membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Sumber proti adalah seperti ikan tuna, daging ayam,, hasil kacang soya seperti tauhu, kacang dal, daging merah dan kekacang.

4.Karbohidrat
Ia adalah nutrisi terpenting untuk tumbesaran anak-anak kerana ia adalah sumber tenaga. Anak-anak yang sedang membesar bergerak aktif dan memerlukan banyak tenaga. Oleh itu pengambilan karbohidatat dalam kuantiti banyak adalah penting mengikut had umur dan aktiviti anak-anak. Sumber karbohidrat adalah beras,oat,jagung, gandum dan bijirin.

5. Asid lemak penting
Omega 3 dan 6 diperlukan untuk fungsi tubuh badan yang normal kerana badan tidak dapat menghasilkan asid lemak 3 dan 6 sendiri. Sumber omega 3 dan 6 adalah kacang walnut, bunga kobis, kobis, ikan sardin, biji labu dan sayuran hijau.

Penting bagi ibu untuk memerhatikan pengambilan snek oleh anak-anak agar mereka mendapat nutrisi yang betul.

Di sini saya ingin berkongsi snek yang boleh anda pertimbangkan untuk anak-anak agar mereka sentiasa mendapat nutrisi yang cukup

Bahan utama adalah Mealshake ye. Kenapa mealshake sebab ia adalah multivitamin berbentuk serbuk yang boleh dicampurkan dengan apa-apa snek yang sesuai. Jangan dedahkan anak-anak dengan  snek seperti keropok dan gula-gula yang mengandungi tinggi MSG, perasa dan pewarna tiruan.

1. Mealshake 2 sudu kecil + oreo + air 100g + ais 200g kemudian blend.
Jadilah ais blended yang berkhasiat

2. Mealshake 2 sudu kecil + Jagung 2-3 biji yang sudah direbus + Air suam 200ml. Kemudian blend kasar.

Banyak lagi resepi snek nerkhasiat yang ada.  Ke kreatifan ibu atau penjaga adalah penting agar anak  mendapat nutrisi yang penting untuk mereka.



Kenapa saya pilih mealshake? Sila rujuk post saya yang sebelum ini ok.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila terus hubungi saya:

HP: 0182293772 whatsapp/sms/call/telegram
FB: agie agusto
BLOG: agieagusto.com














0