Pengedar shaklee Johor: Barah lymphoma meragut nyawa sahabatku

Barah limfoma meragut nyawa sahabatku

Sebelum ni saya tak tahu pun apa itu limfomaa apatah lagi barah limfoma. Tapi pemergian sahabat karib saya menyebabkan saya ingin lebih tahu apakah sebenarnya jenis barah ni. Sebelum itu mohon sedekahkan al fatihah kepada sahabat karib saya, Allahyarhamah Wan puteri Nurul Hidayah Bt Wan Mohamad Tahir dan Juga Allayarhamah Faridah bt Pajapoyi, mereka menemui Ilahi kerana barah jenis ini.

Terdapat 2 jenis barah limfoma iaitu Non Hodgin dan jenis hodgin. Berdasarkan banyak pendapat, Barah limfoma ini umumnya tidak diketahui punca. Barah limfoma yang jenis non-hodgin dikaitkan dengan perubahan genetik atau Mutasi. Akan tetapi kebanyakan kes barah limfoma dikaitkan dengan perubahan sistem imun.

Barah limfoma menjejas sistem limfa. Ia terbahagi kepada limfoma Non-Hodgkin yang lebih kerap menjejas pesakit berusia 55 tahun ke atas dan limfoma Hodgkin yang menjejas orang muda berusia antara 15 dan 20 tahun dan mereka yang berusia 50 tahun ke atas.


Antara tanda-tandanya ialah nodus atau ketulan besar yang ketara di leher, ketiak dan bahagian kemaluan, hilang selera, berat badan yang menurun tanpa sebab,penat yang melampau, demam yang berterusan dan kesukaran melawan jangkitan.

Apa yang saya perhatikan, arwah puteri memang menjadi sangat kurus dan mudah kena jangkitan. Siksanya penderitaan barah limfoma hanya Allah sahaja yang tahu.


Mengikut perangkaan daripada laporan Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional (NRDO) mengenai trend penyakit barah di Singapura antara 2007 dengan 2011, Melayu paling ramai menghidap barah limfoma berbanding kaum Cina dan India di Singapura. Bagi setiap 100,000 penduduk, 21.3 merupakan lelaki Melayu yang menghidap barah limfoma. Bilangan ini lebih tinggi berbanding 15.3 pesakit lelaki Cina dan 15.2 pesakit lelaki India yang menghidapi barah tersebut.

Di kalangan wanita, bagi setiap 100,000 penduduk, 14.7 merupakan wanita Melayu yang menghidap barah limfoma – lebih tinggi berbanding 9.6 pesakit Cina dan 9.4 pesakit India yang menghidapi barah itu. Meskipun kaum Melayu mendahului kaum lain dalam barah limfoma, bilangan pesakit barah Melayu secara keseluruhan adalah sekitar 1.5 hingga dua kali lebih rendah daripada kaum Cina.

saya doakan mereka yang menghidap penyakit ini akan pulih sepenuhnya dan salah seorang pesakit yang sudah sembuh adalah sarah saidin.



https://www.google.com/search?q=sara+saidin&oq=sara+saidin&aqs=chrome..69i57j0l5.14947j0j4&sourceid=chrome&es_sm=122&ie=UTF-8#

Apa pun, penjagaan kesihatan harus diutamakan dalam melawan apa jua jenis penyakit. Jangan mengabaikan kesihatan dan hanya mengharapkan keajaiban tanpa apa-apa usaha. Bagi saya, Makanan, pengawalan stress, aktiviti sihat seperti bersenam.

Mungkin anda juga ingin tahu mengenai antioksidan yang sangat tinggi yang membantu kita melawan serangan sel-sel kanser.



 
Ingin mengetahui lebih lanjut sila hubungi saya





0