Penyakit hati

Penyakit hati

Hati penting ke? Yek, hati dan perasaan memang penting. Kalau tak macam mana ada perasaan kasih sayang,rasa cinta,sakit hati,semua tu? Tapi saya bukan nak cerita pasal benda macam tu saya nak share mengenai Organ HATI. Kita selalu dengar pasal jantung,hati jangan dilupakan. Ia memainkan peranan yang sangat penting selain jantung kita.




Berikut adalah fungsi-fungsi hati:
  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan kholesterol dan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan Bilirubin,ammonia dan toksin berlebihan (Bilirubin adalah produk sampingan yang terhasil daripada pemecahan hemoglobin daripada sel darah merah
Jenis penyakit hati adalah hati berlemak,hepatitis,sirosis dan kanser hati.

1. Hati Berlemak


Selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama.
Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati.
Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Hati berlemak kerap jadi pada wanita.



2. Hepatitis


Hepatitis merupakan penyakit radang hati. Istilah ‘hepatitis’ berasal dari perkataan ‘hepar’ (hati/liver) dan ‘itis’ (radang). Hepatitis terjadi akibat daripada pelbagai faktor.
Hepatitis boleh disebabkan oleh virus, dadah, alkohol, bahan kimia atau jangkitan virus. Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan hepatitis.
Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:

  • Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
  • Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
  • Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.


Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis?

Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis.
Tanda-tanda antara ialah:

  • Merasa letih
  • Kurang selera makan/Loya
  • Muntah
  • Sakit perut (abdomen)
  • Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
  • Air kencing berubah warna menjadi warna teh
  • Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat




3. Penyakit Sirosis


Sirosis adalah keadaan yang serius. Hanya 30 peratus pesakit dengan masalah ini dapat hidup selama 5 tahun selepas diagnosis dan tinjauan menunjukkan ia akan menjadi lebih teruk jika puncanya adalah alkohol dan pesakit tetap meminumnya juga. Sirosis adalah penyakit yang kurang dikenali yang kebanyakkannya berjangkit pada wanita.

4. Kanser hati

Apa yang menakutkan mengenai kanser hati adalah kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas pada peringkat awal ia bermula. Apabila simptom tertentu mula dirasai seperti perubahan pada warna mata putih ( kekuningan ) atau terdapat benjolan yang menyakitkan pada abdomen, anda sebenarnya berada pada peringkat 4 kanser hati. Peringkat awal kanser hati seringkali ditemui secara tidak sengaja apabila doktor melakukan rutin2 biasa semasa merawat penyakit lain seperti melakukan imbasan dan ujian darah.

DTX COMPLEX




Testimoni












0