Perempuan main bola sepak?

Tahun 1996 merupakan tahun terakhir saya berada di sek keb kalumpang Semporna sebagai salah seorang pelajar. Tahun saya menduduki peperiksaan UPSR pada masa itu. Pada tahun itu juga la bermain bola sepak bukan dikhususlan untuk lelaki malah terbuka kepada perempuan juga.

Mungkin agak janggal bagi sesiapa yang tak pernah nampak perempuan bermain bola sepak. Tapi bagi saya ia adalah perkara biasa kerana dari tahun 1996 saya dah nampak perempuan bermain bola sepak depan mata. Bukan futsal tau tapi bola sepak. Bola sepak padangnya lebih luas berbanding futsal malah bilangan pemain juga ramai berbanding futsal. Itu semua orang lelaki dah tahu kot tapi perempuan ada yang tak tahu.

Long story short, kat sekolah saya tu pun ada pertandingan bola sepak perempuan selepas habis menduduki UPSR. Kalau kat semenanjung ni mesti janggal kan tahun tu ada perempuan main bola sepak.

Apa bezanya semenanjung dengan borneo? Borneo lebih kepada british lagi walaupun masih belum membangun. Kenapa pula saya boleh cakap belum membangun? haha.. itu anda sendiri kena pergi ke sana menyaksikan dengan mata sendiri. Tapi perasan tak kebanyakan orang borneo ramai yang boleh berhasa inggeris?

Sebabnya dulu masa kami kecil lagi bahasa perantaraan adalah bahasa baku dan juga inggeris. Tidak hairan la ramai orang- orang tua kat borneo fasih berbahasa inggeris walaupun tidak berpelajaran.

Dalam kemunduran borneo mereka lebih open minded dan tidak mempersoalkan banyak perkara, sebab itu bola sepak wanita tidak dianggap janggal kat borneo.

Sampai bertemu lagi yaa..


0