Petua Anak selesama

Semua kanak-kanak pastinya pernah mengalami selesama. Dan anda juga sebagai mak ayah atau pun adik beradik kepada si kecil pernah mengalaminya. Dengan hidung yang meleleh, rasa tidak selesa itu membuat si kecil asyik nak memberontak saja. Kali ni saya nak sharing petua tradisional yang digunakan oleh nenek moyang kita yang boleh kita amalkan.

Ibu kunyit

Kenal tak ibu kunyit yang mana satu? Ada orang panggil nenek kunyit. Apa-apalah tapi ia merupakan petua yang saya selalu amalkan agar selesama anak tidak bertambah teruk pada peringkat permulaan. Tapi cara ni kena rajin sikit. 
Ambil ibu kunyit tu, basuh beraih-bersih. Kemudian potong pada bahagian hujung sekali lepas itu gosokkan pada batu lesung. Nanti ia akan berair sedikit dan ada serpihan kecil. Ambil serpihan dan air kunyit kat batu lesung tu dan sapukan pada batang hidung si kecil. Jangan sampai terkena mata pula, pedih kunyit tu. Selang beberapa jam ulang langkah tersebut. In sha Allah, selesama anak akan cepat kering dan pulih.

Gunakan air suam

Selalunya selesama disebabkan anak terdedah kepada sejuk pada waktu malam ataupun musin hujan dan epidemik. Jika nak mandikan anak, gunakan air suam dan jangan dedahkan anak pada sejuk malam. Jika diikuti dengan batuk ada sesetengah ibu yang tak mandikan anak untuk sehari dua. Apa yang mereka lakukan adalah dengan hanya mengelap badan si kecil dengan menggunakan air suam

Gunakan Vicks

Cara ni saya biasa gunakan sebelum anak tidur ataupun selepas dia mandi. Sapukan vicks pada dada, belakang, betis dan tapak kaki si kecil. Si kecil akan lebih lena tidur, pernafasan sedikit lega. Jika boleh letakkan juga pada hidung nya. 

Jangan biarkan ia meleleh

Haa.. ini perkara biasa yang kita nampak. Hidung anak meleleh anak kadang-kadang sampai boleh jilat hingus tu. Elakkan daripada terjadi kerana ia akan menyebabkan selesama lambat sembuh dan makin melarat. Sediakan tuala kecil yang bersih khas untuk si kecil. 

Air beras semalaman

Petua ini kami sekeluarga gunakan turun temurun. Eksklusif la ni kiranya. Ambil segenggam dua beras dan sangai sampai berwarna keperang-perangan. Kemudian letakkan dalam satu bekas dan campurkan air masak lebih kurang dalam 500ml. Embunkan campuran tu di tempat yang sesuai( jangan sampai kena taik cicak sudah). Tips ini sesuai jika kualiti udara bersih.  Keesokan harinya bolehlah air tersebut diberi minum pada si kecil dan sapukan juga pada kepala si kecil.

Batang bakawali

Jika anak sudah besar, 7 tahun ke atas petua ini boleh diamalkan. Bersihkan batang pokok bakawali dan basuh bersih-bersih. Kemudian potong kecil lebih kurang 1 inci. Ambil beberapa potongan tu dan campur dengan air. Rebus sampai mendidih dan bagi anak minum 2-3 sudu setelah airnya suam atau sejuk. Pokok bakawali atau orang sebut pitawali memang sangat pahit dan jangan paksa anak jika tidak boleh telan.

Mealshake UntukMu

Salah satu penyebab anak mudah kena jangkitan selesama adalah kurangnya vitamin atau nutrisi. Mealshake merupakan multivitamin yang sangat sesuai untuk snak anda. Ia juga boleh mengelakkan anak daripada selalu terkena selesama. Jika berminat, dapatkannya daripada saya. 



#Itu antara cara yang boleh digunakan untuk membantu anak melegakan selesama mereka. Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Sebarang pertanyaan atau pembelian sila hubungi saya:
Hp: 0182293772
FB:agie agusto
BLOG: agie agusto



0