SEJAUH MANA CYST BERBAHAYA

 SEJAUH MANA CYST BERBAHAYA

Apa itu cyst? 

Ia adalah benjolan berupa kantung tisu yang mengandungi cecair, udara atau benda lain. Benda lain? haah, itu yang kita tak nak tu. Cyst ni boleh tumbuh di mana-mana bahagian organ manusia. Kulit juga merupakan organ manusia tidak hairan lah ramai yang mempunyai cyst tapi mereka tidak menyedari ianya adalah cyst.




 

Banyak jenis cyst dan kebanyakannya adalah non-kanser. 



Adakah cyst ni memerlukan rawatan?

Ia bergantung kepada beberapa faktor iaitu jenis cyst,lokasi cyst terjadi,cyst yang dijangkiti kuman atau tidak, ada rasa sakit atau tidak.

Macam mana kita nak tahu kita ada cyst?

Ia adalah benjolan atas kulit dan kadang-kadang ia terjadi di bawah kulit. Ada sesetengah nya yang tidak dapat rasa. Bagaimanapun ada simptom-simptom lain yang akan terjadi mengikut jenis cyst. Kebanyakan cyst tidak mendatangkan masalah dan tiada rasa sakit. Bagaimanapum ia menjadi sebaliknya sekiranya cyst tersebut


-Dijangkiti kuman


-Tumbuh di tempat yang sensitif seperti mata, leher dan tempat-tempat lain


-Besar

Cyst terbentuk disebabkan sebab tertentu seperti jangkitan kuman, disebabkan genetik dari nenek moyang, radang yang teruk dan saluran tertentu yang tersekat. Dah macam paip la pulak saluran segala.


Jenis-jenis cyst

Terdapat beratus jenis cyst yang telah diketahui oleh para pakar dan dikenalpasti rawatannya. Ini adalah antaranya yang popular kita dengar:

  • Cyst ovari - wanita malaysia memang biasa mendengar cyst ni dan sebab itu la produk jamu sekarang macam cendawan tumbuh.

  • Cyst Ganglion-Biasanya ia terjadi di bahagian pergelangan tangan,tangan dan kadang-kadang bahagian kaki. Punca terjadi cyst ini masih tidak diketahu.

  • Cyst buah dada-Biasanya terjadi disebabkan saluran susu tertutup. Ia menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan

  • Cyst Chalazia- terjadi di kulit mata yang menyebabkan sensitif pada cahaya dan rasa tidak selesa. Tembel adalah salah satu gejala chalazia ni.

  • Cyst Pilonidal- terjadi di bahagian punggung dan ia banyak terjadi kepada kaum adam berbanding hawa. Gejala bisul selalu dikaitkan dengan cyst ini.

 Kalau kita ada cyst sekarang agak-agak bahaya tak? pergi jumpa pakar, iaitu doktor. Mereka lebih tahu bahaya atau tak cyst yang kita alami. Biasanya ia memerlukan rawatan apabila cyst tu menjadi sakit atau berwarna merah. Pertumbuhan yang tidak normal boleh menjadi petanda kepada kanser.

Cyst yang tidak berbahaya boleh dikurangkan dan dipercepatkan pemulihan dengan menuam cyst tersebut dengan air suam yang hampir-hampir panas. Jangan sesekali memicit atau membocorkannya kerana dikhuatiri boleh dijangkiti kuman. 

Jadi, pernah tak ketiak anda berbisul? Atau punggung anda berbisul? Mata ada ketumbit?

Sekiranya anda ada simptom-simptom ini anda jangan memandai memicitnya kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Biasanya Encik atau Puan Doktor akan membuang cyst tersebut dengan menggunakan jarum khas yang disteril. Ada juga sesetengah cyst yang akan dicucuk atau 'injected' debgan anti imflamasi seperti kortison untuk mengurangkan imflamasi cyst. Sekiranya susah hendak dicapai biasanya para pakar perubatan akan membuat pembedahan untuk membuang cyst tersebut.


Anda juga boleh mencuba produk shaklee untuk mengatasi masalah cyst anda.

 Sebelum tu saya TIDAK cadangkan anda untuk mengambil semua produk ni. Hanya yang berkaitan sahaja ye.  Antara yang popular digunakan adalah:

1. Vivix

2. Alfalfa

3. Vitamin C

4. B compleks

5. Lecithin

6. Heblax

7. Gla

8. Garlic

Akan tetapi pengambilan nutrisi shaklee adalah mengikut jenis,simptom cyst yang dihidapi. Untuk mengetahu lebih lanjut yang mana lebih sesuai sila hubungi saya 


Ifo lebih lanjut:

http://www2.hmetro.com.my/articles/Usahcemascysttimbuldiovari/MA/Article
0