Tahniah TMJ!!

Gembira melihat TMJ dah bernikah dengan che Khalidah hari ni, semoga mereka bahagia dan dikurniakan zuriat yang comel-comel.



Tengok majlis pernikahan mereka tak la heavy sangat, dah macam prince william dengan pasangannya Kate pulak. TUNKU MAHKOTA JOHOR, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,30 tahun diijabkabulkan dengan Che Khaleeda Bustamam,21 tahun di Istana Bukit Serene Johor bahru.
Saya memang penyokong TMJ sebab baginda sporting apatah lagi dalam bab mengendalikan pasukan JDT.



Pasangan dua sejoli ini akhirnya mengakhiri percintaan mereka dengan penuh istihadat istana. Nampak gayanya ramailah yang kecewa dengan berlangsungnya majlis ni. hehe..

Gosip-gosip panas dengan beberapa orang  jelitawan artis akhirnya terungkai siapa yang dipilih TMJ.

Apa pun, tahniah kepada kedua belah pihak TMJ dan Che Khaleeda..

Salam maal Hijrah, Semoga muka buku baru akan lebih fresh, kurang dosa dan bertambah pahala.

Peace 
0