Tips untuk pesakit buah pinggang

Hasil daripada pembacaan, pengetahuan sendiri dan ilmu daripada kawan-kawan yang bergelar doktor, saya nak kongsikan beberapa tips untuk para pesakit buah pinggang.
Perhatian lebih, gaya hidup dan pemakanan juga harus dijaga. Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan




1. Cari info tentang buah pinggang terutama sakit yang anda alami. Pengetahuan tentang sakit yang kita alami memudahkan kita mengetahu aktiviti,pemakanan yang mana patut kena ambil dan yang mana patut dielakkan

2. Bersukan lah tetapi jangan yang lasak sangat

3. Kalau masih bekerja,teruskan. Bekerja membolehkan kita aktif dan bergaul dengan rakan-rakan

4. Positif dengan sakit yang kita alami. Fikiran memainkan peranan yang penting. Jika kita fikirkan yang buruk saja maka susah la kita nak sembuh sebab akan bertambah lagi stress

5. Berbincang dengan doktor tentang tekanan darah yang patut kita capai  untuk mengoptimumkan kesihatan

6. Memang susah untuk mengubah diet harian anda, tapi mengelakkan makanan yang tidak sihat membolehkan kita mendapattan yang lebih baik pada masa akan datang. Tahan je la makanan favourite anda seperti

7. Kurangkan penggunaan garam( sodium),Jika terpaksa gunakan seminimum yang boleh

8. Jajan? Jangan cari penyakit..

9. Makan makanan yang berkalori dan nutrien cukup

10. Pilih herba semulajadi sebagai perasa makanan. Stop yang instant semua tu. kiub perasa, kicap, sos, belacan harus dielakkan.

11. Elakkan makanan yang mengandungi fosfat tinggi seperti susu, keju, yogurt, ikan bilis,ikan kering, udang kering,telur kuning, kekacang, organ dalaman seperti hati lembu dan sebagainya

12. Hadkan pengambilan potasium kerana apabila ia tinggi dalam badan boleh mengakibatkan lemah jantung, lesu, sukar bernafas dan degupan jantung menjadi tidak tetap

Jika sampai dah kes CKD(penyakit buah pinggang kronik), air dan cecair lain tak boleh minum banyak-banyak sebab akan  menyebabkan badan menjadi bengkak dan mengganggu tekanan darah dan seterusnya menyebabkan fungsi buah pinggang merosot.

Semoga sharing saya ni berguna untuk anda, Allahu a'lam..

Untuk pertanyaan sila hubungi saya




0