Wanita hamil patut makan coklat

Wanita hamil patut makan coklat


Banyak makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung dan akan bertambah teruk lagi jika mengidam sesuatu yang memang tidak digalakkan oleh pakar. Akan tetapi, coklat hitam adalah terkecuali kerana nutrisi yang terkandung di dalamnya adalah baik untuk wanita mengandung





Salah satu bahan yang terkandung dalam coklat adalah magnesium. Ia sebenarnya dapat merendahkan tekanan darah dan boleh mengelakkan hypertensi.

Kebanyakan wanita yang memakan coklat semasa mengandung melahirkan anak yang mempunyai kepekatan tinggi teobromina di dalam darah tali pusat. Mereka berkemungkinan rendah  mendapat pre eklampsia.

Coklat hitam khususnya diperkaya dengan teobromina iaitu sejenis bahan kimia yang merangsang jantung. Ia juga boleh merehatkan otot yang lembut dan membesarkan saluran darah.





Ia juga mengandungi antioksidan iaitu flavanoid yang membantu kerana ia meneutralkan hasil sampingan yang bertoksik yang masuk ke dalam tubuh seperti pendedahan kepada asap rokok dan pestisid. Antioksida membantu menjauhi radikal-radikal bebas yang menyebabkan penyakit seperti kanser dan sebagainya,.

Coklat juga dapat menstabilkan mood. Ini kerana ia boleh merangsang penghasilan neurotransmiter (endorfin) yang terdapat di dalam otak. Peningkatan endorfin dapat memberikan kita perasaan seronok dan selesa dan ia juga dikenali sebagai penahan sakit semulajadi.

Serotonin yang terdapat di dalam coklat merupakan anti depresan yang boleh meningkatkan mood wanita hamil.

Asid oleik merupakan lemak tidak tepu yang sama terdapat di dalam minyak zaitu. Minyak zaitun bagus kan untuk orang mengandung??


Jadi, tak usah risau untuk menikmati snek kegemaran anda ni. Tapi, untuk mereka yang mempunyai diebetes semasa mengandung tidak disarankan mengambil coklat kerana kandungan gula yang terdapat dalam kebanyakan coklat.

Selamat menjamu selera ibu-ibu preggy!!






0