'aku' kasar kah?

Perkataan atau kata ganti diri aku adalah sinonim bagi warga tempatan sabah berlainan sangat dengan mereka yang tinggal kat semenanjung ni. Tapi sebenarnya kalau diikutkan betul-betul lah, yang meletakkan rasa kasar itu adalah diri sendiri.

Aku mau shopping @ saya nak shopping. Ok, mana yang lebih rasa close gitu?
Tapi ramai la pula yang menyalahertikan penggunaan aku ni. Saya nak kongsi dengan anda sebabnya pernah terkena batang hidung sendiri. Sebagai orang asal sabah tetapi kahwin ngan orang johor ni, memang terasa bila husband sendiri cakap wifenya ni kasar. Cakap dengan member dia pulak tuh. Aisshhh, geram betullah.

Kisahnya pasal whats app la ni, hp dia Lenovo tu berbunyi menandakan ada whatsapp masuk and he is driving time tu. Saya pula duk bersenang lenang kat sebelah sambil ber FB. Bunyi whatsapp tu kuat la jugak dan he suruh saya baca and TOLONG reply kan. Saya cakap kat dia tu kan membe awak,awak la jawab. Kang salah jawab. He cakap jawab la,adoooiii... Apa yang saya baca adalah mengenai jual beli tanah masa tu, tapi he cakap membe dia. Ok, saya nak reply apa ni???
Jeng-jeng..saya pun jawab la,"ok,nanti aku call kau".

Haha..Memang hangin satu badan husband masa tu sebab dia cakap kenapa guna perkataan 'aku kau" tu?? Adehh mana lah tau kan,sebab bagi saya kalau dah namanya kawan main guna aku kau je senang. Pastu dia boleh whatsapp pula kawan dia tu say sorry and claim orang sabah memang gitu, kasar.

Wahai Orang semenanjung Malaysia, korang rasa kami Orang Sabah memang kasar ke?

#Tak puas hati sampai sekarang...
0