Asli ke minyak ikan anda

Asli ke minyak ikan anda

Salam jumaat semua. Semoga hari ini lebih banyak pahala yang kita dapat dan kurang dosa kita buat,amin. Anda ada minyak ikan? Ada? Ok, asli tak minyak ikan anda tu? Kandungan DHA dengan EPA cukup?  

Antara tips yang boleh diguna pakai nak uji keaslian minyak ikan adalah dengan merendamkan polistrin ke dalam minyak ikan tu. Kalau terhakis maka asli la ia. Tapi kalau tak, tukar jenama la jawabnya ye. 

Kenapa mesti cari minyak ikan yang asli?
Anda nak makan ke ikan yang dibuat dalam makmal? Itu la jawapan saya dan fikir-fikirkan tuan-tuan. Ada banyak vitamin yang sintetik( dibuat dalam makmal semata-mata). Sekarang teknologi dah moden,lelaki pun dah boleh mengandung macam orang perempuan. Nauzubillahiminzalik. Semoga teknologi yang ada ni kita guna pakai untuk kebaikan bukan untuk menentang teknologi Allah.

Anak saya,Aisy Afina kalau bagi makan omega mesti ada yang terkeluar dari mulut dia. Habis baju terkena dan yang paling tak best baju tu basuh dengan sabun macam biasa campak dalam mesin masih lagi ada kesan minyak tu. Ooo, itu minyak ikan asli memanglah. Cuba makan minyak ikan jenama lain macam Bla******* tu, sekejap je kesan minyak hilang. 

Lagi satu, minyak ikan Shaklee ni kalau da terkena tangan minyak die lekat habis kat tangan. Kalau setakat basuh tangan dengan sabun ala kadar memang melekit lagi laa.

EPA dan DHA nya pula tinggi. Satu kapsul tu mengandungi EPA 180mg dan 120mg DHA. Cuba check label minyak ikan anda pula dan bandingkan dengan jenama yang saya guna nih.

Selamat membandingkan!


0