Bila anak minta jajan

Orang kat johor ni panggil jajan. Tak taulah pula negeri lain panggil apa. Apa yang saya nak tekan kan adalah permintaan kanak-kanak terhadap makanan ringan makin menjadi-jadi. Mereka lebih peka  berbanding ibu bapa tentang jenama mana yang popular ataupun yang terbaru. Sebut saja twistis la, super ring la, mee-mee la,acam-macam lagi lah.

Apa yang menimbulkan kerisauan adalah kandungan makanan ringan tersebut. Tengok saja la kaler macam-macam yang terang. Perasan tak kalau kita maka jajan akan cepat rasa haus?  Kandungan garam,gula apa-apa pun semua tinggi dan ia sangat tidak sesuai dengan kanak-kanak. Tetapi kita ada pilihan ke dengan lambakan iklan melalui TV, laman sosial, menyebabkan kita susah nak kawal.

Apa yang kita boleh buat?

Beritahu anak tentang apa kandungan jajan dan apa akibatnya daripada makan jajan dengan kuantiti yang banyak. Kita boleh meminimumkan pengambilan jajan dengan cara memujuk dan memberitahu mereka tentang kesihatan dan jajan.

Apa yang saya nampak, semakin ramai kanak-kanak yang kekurangan butrisi akibat pengambilan jajan ni. Masakan tidak, anak kat sekolah pun makan jajan. Mak ayah dah tentu tidak tahu bukan? Kadang-kadang ada yang sanggup ikat perut tidak membeli makanan ruji seperti nasi, mee dan sebagainya kat sekolah tetapi duit belanja yang diberikan oleh mak ayah tu disimpan untuk membeli gula-gula atau keropok yang dijual depan sekolah.

Pengeluar jajan ini pula memang la kreatif untuk menarik perhatian kanak-kanak. Bukan setakat dari segi warna jajan tersebut tetapi dengan pakejing yang menarik. Ada juga yang meletakkan barang mainan beserta jajan sekali. So, jadi 2 in 1 la,beli keropok atau gula-gula dan dapat percuma barang mainan.

Usaha kita sebagai mak ayah??

Baru-baru ini saya terbaca satu keratan akbar yang memaparkan program jom bawa bekal. Alhamdulillah, kempen ni rasanya sangat lah baik kerana makin hari makin dilupakan mengenai bekal ni. Kalau dulu dalam tahun 90-an, kebanyakan kanak-kanak membawa bekal ke sekolah tetapi sekarang semua bawa duit bekal. Dan kita tak tahu pun apa yang dibeli oleh anak semasa berada di sekolah.
Jadi, kalau boleh masak dekat rumah dan bagi anak-anak kita bawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini mereka akan lebih mendapat nutrisi. Jangan pula dah bawa bekal malah bagi duit lagi. Ini akan menyebabkan mereka bebas membeli jajan sebab dah kenyang dengan bekal yang dibawa.

Selain itu, kita boleh memberikan beberapa jenis vitamin kepada anak agar mereka terhindar dari sebarang penyakit dan mendapat nutrisi yang secukupnya. Antara vitamin yang boleh diamalkan adalah;

1. Chewable C
Vitamin C ini memang dikeluarkan khusus untuk kanak-kanak agar mereka mendapat vitamin c yang cukup dan badan mereka lebih kuat menentang sebarang jangkitan kuman dan penyakit serta mengukuhkan lagi sistem imun mereka


2. Mealshake

Ini merupakan multivitamin yang berbentuk serbuk dan mempunyai rasa dan bau yang wangi. Sangat sesuai untuk diambil oleh kanak-kanak kerana mereka susah nak menelan pil multivitamin. Ia juga mudah disediakan dan boleh lah anak kita bersarapan dengannya


3. Minyak ikan
Minyak ikan shaklee merupakan minyak ikan yang terbaik di dunia kerana kandungan EPA dan DHA nya yang tinggi serta ketulenanya. Kanak-kanak memerlukan DHA setiap hari untuk perkembangan otak mereka. Omegaguard membekalkan 120mg DHA dan 180mg EPA setiap kapsul. 


Dosage yang kita berikan tak boleh ikut suka hati. Sila tanya pengedar yang berdekatan dengan anda. Jika nak beli dengan saya sila pergi ke ruangan pembelian ataupun terus hubungi saya.

Sekian, bertemu kembali in sha Allah...



0