Bila Dah Demam campak




Genap 1 tahun 1 bulan dan 10 hari Aisy Afina kena demam campak pula. Semalam dia aktif lagi berlari kat depan rumah tup-tup malam demam tiba-tiba pula. Dengan muntah yang tak henti-henti memang bikin risau ini budak. Malam tu jugak bawak pergi klinik Wakaf Pasir Gudang. Doktor cakap ini bukan denggi sebab dia demam tiba-tiba. Kalau denggi dia akan demam kemudia bintik-bintik akan keluar,so he claimed it is demam yang disebabkan virus.

Penerangan doktor tu sedikit sebanyak buat saya blur juga,mana taknya demam disebabkan virus tu macam mana pula?

Nanti saya kongsikan demam virus tu apa kat post yang lain. Hari ni saya nak fokus pada demam campak Aisy ni.

Ni la dia tompok-tompok merah

So, apa yang boleh saya buat sekarang adalah nak kawal demam Aisy ni. Thermometer memang dah standby dan memang selalu check. Siapa tak cuak beb bila anak demam. Apa yang saya takutkan adalah suhu yang tinggi boleh sebabkan sawan.

Blister ni tentunya gatal sebab Aisy dok keruk perut and kaki dia. Losyen Calamin tu memang sentiasa standby sebab bayi atau kanak-kanak memang selalu kena gatal-gatal ni. So, selepas mandi Calamin ni akan disapu ke tempat yang ada blister tu. Siap roll on lagi tak bersepah jadinya,update gitu.

Petua-petua lain,buat masa ni kena elakkan makanan yang berminyak dan gatal. Selain tu, jiran sebelah ni cakap tak boleh masak bergoreng dalam rumah.Ok, saya ikut maklum lah mereka lagi veteren. Tip paling femes adalah bagi anak minum air kelapa. Sekejap lagi nak keluar pula beli air kelapa muda tu.

Selain itu, apa yang boleh membantu Aisy adalah Nutriferon Shaklee. Ia boleh merangsang imun badan agar dapat melawan virus yang menyerang ni. 
Nutriferon untuk Aisy

Dengan Nutriferon demam cepat kebah dan anak cepat berpeluh. In sha Allah,esok dah sembuh dah budak ni.

Aminn..
0