Bolehkah Demam dielakkan?

Demam boleh terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman. Bila sebut kuman luas maksudnya. Virus,bakteria,kulat pun termasuk dalam kategori kuman. Persoalannya, boleh kah demam dielakkan?

Kalau boleh elak,semua ibu-ibu di dunia ni memang tersangatlah leganya. Malangnya,demam sukar untuk dielak kerana penyebab demam adalah kuman yang tidak dapat dilihat dam mudah tersebar melalui udara. Demam juga boleh menjadi petanda badan kita diserang oleh penyakit lain.

Apa yang kita boleh lakukan adalah mengoptimumkan kesihatan diri dengan menjaga kesihatan.

Minum secukupnya

Kekurangan cecair dalam badan memudahkan kuman menyerang mana-mana bahagian organ badan. Minumlah secukupnya mengikut berat badan anda. Makin berat anda makin banyak lah kena minum air.

Bersenam

Bersenam boleh melancarkan peredaran darah dan membolehkan organ manusia berfungsi dengan lancar. Bersenam boleh menguatkan jantung anda. Selamat bersenam..

Makan dengan teratur

Makan lah mengikut kesesuaian masa anda dan elakkan makan sebelum masuk tidur. Selain daripada itu masa makan penting. Sarapan adalah satu kemestian kerana ianya adalah permulaan hari anda. 

Pilih makanan yang betul

Makanlah ikut kalori yang betul bersesuaian dengan tenaga yang anda gunakan. Selain itu, makan bersesuian dengan tahap kesihatan anda. Pastikan mengikut piramid makanan dan bagi yang ada masalah kesihatan ikut sepertimana doktor anda beritahu.

Ambillah suplemen/vitamin

Teknologi dan lambakan makanan proses menyebabkan kita makan apa sahaja yang ada di depan mata tanpa memikirkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Selain daripada itu, tahap pencemaran yang makin meningkat membuatkan tahap imun kita bekerja keras menentang penyakit. Bantu la sistem imun kita dengan pengambilan supplemen. Apa yang kita makan sekarang serba kekurangan dari segi nutrisi kerana penggunaan bahan kimia, kaedah GMO dan pencemaran.

Jaga Kebersihan

Kebersihan menjadi satu kewajipan untuk memastikan kesihatan bukan sahaja demam. Kebersihan diri sendiri dengan mandi dan menukar pakaian setiap hari mengelakkan kita daripada sebarang jangkitan. Selalulah membasuh tangan kerana kebanyakan kuman bermula daripada tangan kita.


Demam sangatlah merungsingkan apatah lagi yang demam adalah si kecil. Dalam Islam sakit itu adalah penghapus dosa-dosa kecil maka bersabarlah dengan sakit atau demam yang anda tengah alami

Untuk pertanyaan mengenai supplemen/vitamin sila hubungi saya


0