INFO PENTING:Bila anak demam,sawan menyerang

Sawan atau nama orang putehnya febrile fit memang perkara yang sangat menakutkan bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil macam saya ni. Manakan tidak, si manja anda akan menggigil seluruh badan dan mata terbeliak. So sekarang ni apa yang saya buat bila aisy demam memang dah standby air asam jawa dan tak tidur malam monitor suhu untuk elak fit ni. Dan anak saya sendiri,Aisy Afina pernah ada tanda-tanda terkena fit ni. 

Saya memang jenis tradisional,seboleh-boleh elak sangat ubat klinik melainkan kalau terpaksa. Berikut adalah sedikit tips yang saya tahu langkah yang patut diambil oleh ibu bapa si manja yang berusia 6 bulan sehingga 6 tahun apabila mengalami demam.

Sediakan termometer

Bermacam jenis termometer dijual sekarang dan pilihlah yang sesuai agar mudah anda nak monitor suhu si manja anda. Penting sangat monitor suhu ni,sebab bila dah suhu terlalu tinggi kita boleh bertindak dengan cepat seperti memasukkan ubat bontot tu. 


Jangan bungkus anak

Maksud saya di sini, dedahkan badan persekitaran dan jangan sesekali menyelimuti dia. Ada sesetengah ibu bapa yang tak nak anak dia menggigil dan memakaikan anak baju tidur atau pun menyelimutkannya. Sebenarnya itu adalah cara yang salah dan mengundang padah pada si manja anda. Sebolehnya buka baju atau pakaikannya baju longgar untuk pengaliran haba keluar daripada badan. Menyelimutkan anak boleh menyebabkan suhu bertambah tinggi dan menyebabkan FIT 

Buka kipas atau aircond

Persekitaran yang lebih sejuk berbanding badan  membantu menurunkan suhu badan yang tengah panas dengan pengaliran haba panas ke persekitaran. Memang anak menggigil tetapi jangan risau suhu badannya akan cepat turun

Lap badan anak

Perkara ni memang saya dah lama praktikkan dan memang terbukti berkesan. Petua orang dulu-dulu mengelap dengan air asam tetapi jangan guna asam yang ada garam pula. Sebab kat pasaran sekarang ni ada asam jawa yang dah dicampurkan dengan garam. Kalau tak ada asam jawa gunakan asam keping.
Lap bahagian ketiak, tengkuk dan kepala sahaja. Jangan pula dengan tangan kaki semua nak lap. Lap menggunakan air biasa dan bukannya air ais atau suam. Apabila suhu dah turun, berhenti mengelap.
Cara ni sangat berkesan bagi saya.


Penggunaan ubat-ubatan

Jika dah ke klinik mesti Encik Doc dah kasi paracetamol ataupun nurofen. Ikut sukatan yang betul seperti mana yang telah diberi oleh Doc. Pengiraan sukatan adalah 0.3 x berat badan anak = ml yang perlu diberi setiap 4 - 6 jam. Sukatan ni bukan ikut umur anak tau, ramai yang salah faham pasal ni. Ia adalah mengikut berat badan anak anda.

Ubat bontot tu pun sama macam ubat minum keberkesanannya. Jadi, jika anda ada standby gunakan ubat yang berbeza dengan yang anda bagi minum. Yang paling popular Doc bagi ubat bontot ni adalah voren dan paracetamol. Jadi bila anda bagi anak makan paracetamol dan suhu badannya masih tak turun-turun lagi, gunakan ubat bontot jenis voren sebab ia adalah bahan kimia yang berbeza dan boleh digunakan walaupun baru 2 jam makan paracetamol.

Sekiranya ibu menyusukan badan (cara saya), makan nutriferon yang memang saya standby Dan ia memang berkesan lah.. Dan jika si manja menyusu botol atau dah reti minum sendiri lagi senang...



Untuk Sebarang Order dan Pertanyaan hubungi details di bawah ye


0