Jenis-jenis sakit jantung

Penyakit jantung semakin berleluasa khususnya di Malaysia. Ia seakan-akan menjadi trend kematian yang semakin menjadi-jadi dan seperti semua orang berpotensi untuk mengalaminya. Kesedaran masyarakat di Malaysia masih lagi kurang berbanding dengan negara lain. Manakan tidak, nasi lemak sudah sebati dengan diet harian setiap pagi sebelum memulakan kerja. Dan bagi masyarakat di Malaysia, nasi lemak seolah-olah makanan wajib yang paling mudah untuk dicari dan ringkas khususnya untuk dibuat sebagai sarapan. Hari ni saya ingin kongsikan jenis-jenis penyakit jantung disebabkan ramai yang tidak tahu lagi kepelbagaian penyakit ini.



Ingat kah anda pada pelakon popular arwah Hanif Mohsin? Arwah meninggal disebabkan serangan sakit jantung.

Umumnya, kita selalu dengar jantung berlubang dan serangan jantung tetapi tidak mengetahui jenis penyakit ini. Jenis-jenis penyakit jantung adalah seperti berikut:

CAD: Penyakit Arteri Koronari(Coronary artery disease)

Ini adalah penyakit jantung yang paling biasa ditemui dan ia disebabkan oleh arteri yang membawa darah ke jantung dipenuhi oleh plak yang terbentuk daripada kolesterol dan lemak. Ingat kah anda mengenai nasi lemak?
Plak yang terbentuk di arteri tersebut dikenali sebagai atherosclerosis menyebabkan arteri menjadi sempit dan oksigen yang yang dibekalkan ke otot jantung menjadi berkurangan. Jika ini berlaku, otot jantung tidak menerima oksigen yang secukupnya dan menyebabkan sakit dada (angina) dan kemungkinan serangan jantung boleh berlaku.

Aritmia (Arrhythmia)

Ia adalah degupan jantung yang tidak normal iaitu sama ada degupan jantung yang lebih lambat (bradycardia) atau terlalu cepat (tachycardia) ataupun degupan jantung yang tidak tetap.

Kegagalan jantung

Atau dikenali sebagai kegagalan jantung kongestif berlaku apabila jantung tidak dapat mengepam darah beroksigen dengan secukupnya ke bahagian badan lain.Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan tenaga jantung untuk mengepam atau akibat jantung tidak dapat diisi dengan darah yang secukupnya . Sesetengah orang mempunyai kedua-dua masalah ini.

Penyakit injap jantung

Ia berlaku apabila satu atau lebih daripada 4 injap jantung tidak dapat berfungsi dengan betul (normal). Ingat lagi fungsi injap? Ia memastikan darah dapat dipam dengan aliran yang betul. Penyakit injap jantung seperti stenosis menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan cekap.

Penyakit otot jantung

Ia disebabkan penipisan atau penebalan dinding jantung. Ini menyebabkan kurangnya darah di pam keseluruh badan dan selalu mengakibatkan kegagalan jantung

Penyakit janyung kongenital

Ia adalah sejenis kecacatan kelahiran yang menyebabkan masalah jantung sejak lahir dan berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 100 kelahiran hidup . Beberapa jenis yang selalu terjadi adalah seperti atrium kecacatan septal ( ASD ) dan ventrikel kecacatan septal ( VSD ) , yang berlaku apabila dinding yang memisahkan kanan dan bahagian kiri jantung tidak ditutup sepenuhnya. Ductus arteriosus paten ( PDA ) , yang berlaku apabila arteriosis ductus tidak menutup dengan betul selepas kelahiran

Vitamin Jantung

Shaklee ada mengeluarkan beberapa produk yang menghalang kolesterol jahat daripada memasuki salur darah. Pytocol St sangat berkesan menghalang kemasukan kolesterol LDL dan anda boleh merasa lega dan tak perlu bimbang walaupun makan nasi lemak. Ambil 2 biji sebelum makan dan anda akan bebas daripada kolesterol jahat!

Berilah jantung anda tenaga dengan Co Q Health. Bukan badan sahaja memerlukan tenaga untuk bergerak tetapi jantung iaitu organ yang tidak pernah berehat juga memerlukan tenaga bantuan untuk terus bekerja dengan cekap.

Omegaguard merupakan sejenis minyak ikan yang padat dengan asid lemak omega yang bagus untuk membakar lemak serta melicinkan salur darah. Jika anda inginkan jantung yang sihat dan mengelakkan timbunan plak,amalkan memakan minyak ikan seperti omegaguard mulai saat ini.

Dapatkan ke tiga-tiga vitamin ini daripada saya sekarang









0