PEMAKANAN UNTUK MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL

Sebelum ni saya ada share tanda bintik-bintik kuning kat mata tu. Kali ni saya nak share makanan apa yang kita boleh makan untuk mengawal tahap kolesterol dalam darah. Maklumlah, tanpa kawalan ia akan menjadi sebab kepada penyakit lain untuk hinggap kat kita pula.

Bagi mereka yang berisiko untuk mengalami kolesterol tinggi sama ada disebabkan keturunan ataupun memang gaya pemakanan yang tidak sihat, setelah mengetahui risikonya eloklah mengubah apa yang anda makan selepas ini.


Menurut Pakar Pemakanan, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap bercirikan bijirin penuh berserat, jenis protein yang betul, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Antara saranannya adalah:



1. Makanan Bijirin Penuh Dan Tinggi Serat

Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol

Mungkin anda meminati Mealshake yang mempunyai serat yang mudah larut. Bukan untuk anda sahaja, kanak-kanak juga sesuai untuk mencuba minuman sedap ini.


2. Ikan Dan Asid Lemak Poli-tidak Tepu Omega-3

Kita disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.

Shaklee mengeluarkan sumber asid lemak omega-3 yang terbaik di pasaran. Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut. Sila klik DI SINI

3. Kekacang Badam, Walnut, Pistachio Dan Soya

Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.

Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.

Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.

Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.

ESP merupakan soya NON GMO yang sangat popular buat masa ni dan memberi banyak manfaat kepada ramai orang. Ianya HAlAL dan dah dikenali sejak beberapa dekad yang lalu

4. Buah-buahan Kaya Antioksidan Mengandungi Vitamin A, C Dan E

Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.

Panduan penjagaan lemak dan kolesterol mestilah saling berkaitan dengan prinsip pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia.

Shaklee ada mengeluarkan VITAMIN E, VITAMIN C dan VITAMIN A

Untuk order sila hubungi saya


                                         
                                     
0