Penting ke Antioksidan?

Penting ke Antioksidan?


Sebelum ni saya ada sebut mengenai kanser dan antioksidan berkait rapat dengan kanser. Sepertimana yang dijanjikan, hari ni saya akan sharing sumber-sumber antioksidan yang kita boleh amalkan agar terhindar daripada penyakit yang merbahaya terutamanayn kanser.

Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

Radikal bebas adalah hasil sampingan yang sangat reaktif yang terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Bahan ini boleh memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Dalam badan, radikal bebas boleh dibentuk melalui proses yang dinamakan pengoksidaan dan terdapat banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.

Lazimnya, badan kita boleh mengendalikan radikal bebas, tetapi jika jumlahnya adalah berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan. Kerosakan akibat radikal bebas juga boleh terkumpul selari dengan peningkatan usia.
Maka, tajuk saya dah jawab. Antioksidan penting agar radikal bebas tidak terbentuk sekaligus mengelak mutasi sel berlaku. Mutasi boleh menyebabkan kanser seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

Badan kita menghasilkan antioksida dengan sendirinya, tetapi apabila usia kita meningkat, kebolehan badan untuk menghasilkan antioksida akan berkurangan. Oleh yang demikian, kita memerlukan antioksida daripada sumber luaran.


 Bahan antioksida adalah seperti Vitamin C, vitamin E,Likopena,Lutein, beta karoten dan selenium
Sumber-sumber antioksida adalah seperti dalam gambar tu.Beta karotena

##Beta karotena adalah prekursor bagi vitamin A (retinol). Ia lazimnya ditemui dalam kebanyakan makanan yang berwarna oren atau jingga seperti aprikot, lobak merah, labu, mangga, ubi keledek, dan buah pic. Ia juga terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau termasuklah bayam dan brokoli.

##Lutein sering kali dikaitkan dengan mata yang sihat. Ia terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan kailan. Kombinasi lutein dengan zeaxantin dan buah bilberi boleh memberi kesan antioksida yang signifikan. Tambahan lagi, apabila digabungkan dengan vitamin C, kombinasi antioksida ini telah menunjukkan hasil yang signifikan dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit katarak.
Likopena (Lycopene)

##Likopena adalah antioksida yang efektif yang ditemui dalam betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang, dan buah oren.
Selenium

##Selenium adalah mineral dan merupakan komponen bagi enzim antioksida. Ia bukanlah nutrient antioksida. Di kebanyakan negara, tumbuhan makanan seperti nasi dan gandum merupakan sumber utama. Selenium yang digabung dengan glutathione boleh menghentikan tumbesaran tumor dan melindungi hati. Sesetengah kacang seperti kacang Brazil mengandungi kandungan selenium yang tinggi.
Vitamin C

##Vitamin C, yang juga dikenali sebagai asid askorbik, merupakan vitamin larut air. Vitamin C adalah antioksida yang ditemui dalam buah-buahan citrus dan jusnya, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis dan lada hijau. Ia juga terdapat dalam bijirin, daging, ayam, dan ikan. Para penyelidik telah mendapati bahawa jus kranberi boleh meningkatkan tahap antioksida serta tahap kolesterol baik dalam darah, maka ia boleh membantu untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
Vitamin E

##Vitamin E yang juga dikenali sebagai alfa-tokoferol (alpha-tocopherol) dan terdapat dalam pelbagai jenis minyak termasuklah minyak germa gandum, minyak jagung dan minyak kacang soya. Ia juga ditemui dalam apricot, brokoli, kekacang, mangga dan makanan-makanan lain. Peningkatan pengambilan vitamin E boleh membantu untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit Parkinson. Selain itu, kombinasi vitamin A, vitamin E dan karotenoid boleh menambah baik pertahanan oksida dan sistem imunisasi. Vitamin E (untuk kumpulan tocotrienol sahaja) juga menunjukkan aktiviti antikanser yang signifikan.

Shaklee ada mengeluarkan semua jenis antioksidan yang saya sebutkan tu. 

Nak tahu lebih lanjut hubungi saya.

PS: Vivix merupakan pilihan tepat kerana kandungan antioksidan yang tinggi dan melambatkan penuaan sel.




0