RM500 mahal untuk ayah??

Saya ada kenal seorang pak cik ni dan dia adalah ayah kepada kawan saya juga. Saya pernah menziarahi ketika dia sakit dan memeriksa tekanan darah dan jantungnya. Nak tau bacaannya?

Kalau saya tak silap bacaannya:
Sistolik 130
Diastolik 80
Pulse 40
Yang menarik perhatian saya adalah degupan jantungnya yang hanya 40detak seminit sedangkan normal badan manusia adalah 60-70 detak seminit. 

Masa tu saya suggest la kat anak dia untuk jaga pemakanan dan emosi ayahnya. Masa tu bapa kawan saya tu dah tak boleh jalan, duduk pun terbongkok,dahi kadang-kadang dah cecah lantai walaupun tengah duduk. Kesian sangat.

Kawan saya tu saya tak boleh dedahkan nama dia dan kita panggil dia N saja la. N ni pengedar shaklee juga tapi dia edar sahaja dan tak berapa nak guna supplemen shaklee. Saya suggest kat N untuk bagi Vitamin jantung dan Vitamin Tenaga untuk ayahnya. Selang seminggu kemudian,ayah N ni dah naik motor dah dengan segarnya. Aik? Pelik kan? Rupanya N dah bagi makan Vitamin tenaga tetapi vitamin jantung tak bagi mungkin sebab mahal kot bagi dia.

RM500 mahal ke nak bagi untuk ayah? Ini jantung,mesin nyawa manusia yang dah sakit tu nak kena repair dengan RM500 sebagai salah satu ikhtiar. Tetapi jika anda rasa mahal untuk orang tersayang, sila abaikan dan biarkan mereka ikut suka hati anda.

Hari raya ke 2 tahun ini, 2014 ayah N meninggal dunia di HSA. Ajal maut memang dah tertulis dalam Luh Mahfuz tapi kita berhak untuk sihat dan ada peluang untuk sihat dan menikmati saki baki kehidupan dengan melakukan aktiviti akhirat tanpa sekatan kesihatan.
Alangkah indahnya jika sebelum meninggalkan alam fana ni dapat beribadah dengan banyak, dapat menunaikan semua rukun islam dengan konsisten. Semoga kita sentiasa diberikan rezeki kesihatan,rezeki untuk membantu orang lain,aminnn...
Kepada N, saya kongsikan cerita ini sekadar untuk pengajaran buat diri saya sendiri dan juga orang lain. Saya minta maaf banyak-banyak sekiranya cerita ini mengganggu emosi N.

Nak Vitamin tenaga?
Vitamin Jantung?

Sila hubungi saya

0