Stesen minyak pilihan anda

Hampir setiap rumah di Malaysia memiliki sebuah kereta atau pun motor. Dan mesin tersebut tentunya memerlukan minyak untuk bergerak. Untunglah syarikat minyak di dunia ini sebab hampir seluruh dunia bergantung pada mereka untuk menggerakkan jentera yang menggunakan minyak. Persoalannya, di Malaysia ni stesen minyak mana yang menjadi pilihan anda?

Terdapat 5 jenama stesen minyak yang besar kat Malaysia ni iaitu Petronas, Shell, Caltex, BHP dan ESSO/MOBILE. PETRON merupakan nama terbaru bagi ESSO/MOBILE.


Setiap stesen minyak ni menyediakan kemudahan untuk para pelanggan. Terdapat surau, tandas, tempat menjamu selera dan macam-macam kemudahan lain untuk memudahkan para pelanggan. Akan tetapi, timbul isu mengenai kualiti dan kuantiti minyak yang berbeza apabila mengisi minyak di stesen yang berlainan.
Kalau anda perhatikan, petronas digemari oleh kaum melayu dan Shell kebanyakan pengunjungnya adalah daripada kaum cina. Bagi saya, ia bukan lah isu kaum tetapi lebih kepada kemudahan yang menarik perhatian pelanggan. Semalam saya baru sahaja mengisi minyak kat Petronas walaupun sepanjang jalan nak ke stesen Petronas saya dah lalu Shell, Petron dan BHP. Kenapa? Hehehe...Sebabnya Kat Petronas Bukit Dahlia tu ada pekerja yang boleh tolong tuangkan minyak kat kereta pelanggan. Maklum lah, berdua je dengan Aisy Afina. Mesra alam pekerja kat Petronas tu,saya tak perlu keluar dari kereta pun. Untung la kalau macam ni setiap kali mengisi minyak kan. Tetapi kalau bertiga dengan Encik suami kat mana-mana stesen minyak yang jumpa dulu tu lah kami akan 'menopap' minyak. Tapi kalau bab solat,saya lebih suka singgah kat Petronas sebab banyak telekung dan sejadah yang disediakan. Ada sesetengah stesen minyak yang tak pisahkan surau lelaki dan perempuan. Kalau bab nak singgah beli makanan, biasanya kami suka singgah kat Petron Bukit Dahlia atau Petron kat Highway Pasir Gudang menghala ke JB tu. Ada nasi lemak,nasi ayam pun ada.

So, memang ada tarikan setiap stesen minyak ni. Anda bagaimana?





0