Bayi yang ceria nampak comel sangat

Comel sangat

Ada rasa nak cubit tak? Alhamdulillah..Terima Kasih Allah berikan aku anak secomel ni. Banyak perkara yang difikirkan bila dah ada anak ni.

Setiap bulan wajib bawa ke klinik untuk follow up kesihatan bayi. Tapi Aisy saya tak bawa ke klinik gomen sebab malas nak kene follow up dengan misi kat Masai ni.

Saya bawa Aisy ke Klinik Suria je kat Sri Alam tu. Senang,bila-bila ada free baru pergi tapi suntikan imun wajib ikut bulan yang ditetapkan.

Sekarang umur budak ni dah setahun sebulan dan saya belum bawa untuk suntikan MMR. Jadi seram pula dengar banyak kes tindak balas negetif badan bayi terhadap suntikan ni. Anda pernah dengar?

Siapa tak risau bila tiba-tiba kulit jadi teruk. ( kes yang saya tengok kat FB selepas beberapa hari menerima suntikan MMR).

Sekarang saya masih lagi berfikir panjang sama ada nak berikan Aisy suntikan MMR atau tak. 





0