Isu GST yang

Sangat lucu bila dengar ramai yang mengeluh mengenai GST tetapi tak tau pun apa itu GST. Kat kedai kopi, mamak saya selalu terdengar orang bercakap pasal GST. Menurut mereka, semua barang akan naik. Malaysia akan melaksanakan GST bermula April tahun 2014. Sebelum kita nak komen lebih-lebih, baik lah kita mengenali apa yang dikatakan GST tu.


GST merupakan 'cukai kepenggunaan' (consumption tax). Jestru sesiapa yang kaya dan lebih banyak berbelanja akan dikenakan lebih banyak cukai GST.GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas. GST adalah senjata mengurangkan defisit tahunan bagi negara yg ekonominya sedang berkembang dan memerlukan lebih imbuhan sektor awam untuk memacu pertumbuhan dan imbangan bagi program pembangunan sosio-ekonomi.GST yang dikenakan hanyalah 6 peratus berbanding 10% dan 5% cukai kerajaan dan sales tax yang dikenakan sekarang. Apapun ianya akan dikenakan dengan lebih menyeluruh.

Memang dengan GST akan berlaku inflasi dalam jangka masa pendek. So, kita kenalah bijak berbelanja dan menghentikan sifat boros. 

GST sebenarnya dapat mendidik pengguna menjadi lebih berhemat. Sekiranya pengguna tidak mahu membayar lebih GST maka hadkan perbelanjaan kepada yang perlu sahaja. Ini berdasarkan kepada GST adalah cukai penggunaan di mana lebih banyak anda pakai atau beli lebih banyak anda bayar. Orang berada mungkin akan mengguna lebih. Ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pendapatan negara yang akhirnya dapat digunakan untuk kepentingan rakyat juga.

Apa yang saya tahu pada masa sekarang, pengguna tanpa mengira kelas pendapatan telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun cukai yang dibayar itu terutamanya cukai jualan tidak tercatat di dalam resit kerana ia terselindung di dalam harga bayaran. Apabila GST dilaksanakan beban cukai yang ditanggung akan turun. Ini bermakna dengan pelaksanaan GST kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga. Yang penting ialah apabila GST dilaksanakan pihak peniaga seharusnya menyalurkan penjimatan tersebut melalui penurunan harga.

*** Harap dapat membantu anda agar lebih faham mengenai GST ni
Peace...
0