Kawan Baik Ku Dunia dan Akhirat

Namanya Put, Nama Penuh WanPuteri Nurul Hidayah Wan Mohamad Tahir. Syang sangat kat dia tau. Tapi Allah lebih sayangkan dia,pertengahan tahun 2014 dia telah meninggal dunia kerana kanser lymphoma.

Teringat dulu zaman Universiti sampaikan ada orang memanggil kami si kembar. Dia sangat best,serba serbi boleh dan apa pun dicubanya. Masa majlis konvo senior kami berdua pernah amnil basikal orang tanpa kebenaran and ronda-ronda area UTM Skudai tu. Im really miss her. Semoga Rohnya dicucuri rahmat,aminnn.

Dia yang berbaju biru itu
Semasa tahun pertama lagi kami dah menjadi rapat,tak tahu lah ye,walaupun baru kenal masa minggu orentasi seolah-olah macam dah lama kenal. Hihi..ayat ape ni?? Tapi masa minggu orentasi tu macam biasa la,aku escape lagi dan dia bersama-sama yang lain melalui minggu tu dengan biasa seperti newbie yang yang lain. Sempat hantar barang je kat bilik masa tu dan dia adalah sebilik dengan kawan karib aku yang seorang lagi tu. Dalam gambar tu betul-betul kat belakang dia,aku panggil nama dia Nor. Nor ni memang aku kenal semasa matrikulasi lagi kat MARA Seremban. Sebab tu boleh kenal put ni maklumlah nak jumpa Nor masa first day pendaftaran.

Long story short, apa-apa aktiviti pun aku bersama-sama dia. Main basketball pun sama-sama. She was very active girl dan same la dengan aku pun.

Dari kiri Put,Biby,Izza dan aku

Hampir setiap petang ada je aktiviti kami. Tapi yang bestnya dengan put ni dia ada geng lain selain geng yang sama course dengan kami. Lupa nak cakap,kami ambil course yang sama iaitu bio industri. Dan dalam gambar tu,Biby seorang je sesat sebab dia adalah kimia industri. Bibi ni best,gila-gila orangnya and dia sangat rapat dengan put selain aku. Biby jugak la yang master dalam memasak ikan bilis kicap pedas tu.

Dijadikan cerita kami berdua ni adalah pencetus kepada aktiviti meronggeng tengah malam. Jangan salah paham pulak,meronggeng tu kami keluar malam roun bandar Jb tu. Masa tu Put dah bawa kereta kelisa dia,ada nama panggilan lagi tu..bihun..hehe..kelisa dia tu dipanggilnya bihun. kelakar kan?

Apa yang menyedihkan aku sangat-sangat adalah,banyak yang dia plan senyap-senyap and melibatkan aku tanpa aku tahu. Salah satunya adalah impian dia nak pergi semporna. Yes,dia tahu aku orang Semporna dan dia nak sangat ke sana sebab pulau and terpengaruh dengan cerita aku. Kami selalu bertukar-tukar cerita mengenai masalah, family dan kawan lama. Terimah kasih Allah meminjamkan aku kawan baik seperti dia walaupun tak lama. 

Insha Allah aku akan sambung lagi cerita mengenai kami. Sekarang nak kena beli sarapan dulu, malas nak masak. Sampai sekarang aku tak tidur lagi ni..ok,till then. see yaa..


0