Lelaki China bina Lamborghini kayu

Kelakar pun ada,macam-macam la dunia sekarang ni. Nak dikatakan tak ada kerja semua orang pun sibuk mengejar kekayaan dan nama di dunia ni. Hehe.. ini salah satu takti la ni nak attract orang ramai. Ianya berlaku kat China ok. 

Tengok lah rekaannya tu. Mujur kereta itu mempunyai ciri lain untuk menjadikannya lebih menarik.

Ini termasuk tayar dan motor elektrik yang mampu menggerakkan kereta berkenaan pada kadar 30 kilometer sejam.

Yu mengambil masa hampir setahun dan berbelanja sebanyak lebih 100,000 yuan (RM55,000) untuk membina kereta ‘Lamborghini’ kayu berkenaan.

Khabarnya rekaannya itu sudah pun menarik beberapa pengumpul yang menawarkan sehingga 220,000 yuan (RM120,000) untuk memiliki kereta kayu itu. Dasyat,kereta kayu je pun boleh harga macam tu sekali. Anda minat ke? Yes,minat tengok..Boleh la dijadikan tempat bersembang kat luar rumah. Bagi yang belum kahwin,boleh la dijadikan tempat dating makan bersama kot.



0