Mandul ke anda wahai Lelaki? Try Vitamin E


Saya mempunyai ramai kawan yang sampai sekarang belum dikurniakan zuriat walaupun sudh berbelas tahun kahwin. Apa yang tak bestnya apabila si lelaki menuding jari pada si isteri mengatakan bahawa teman sehidupnya itu mandul.

Wahai lelaki di luar sana, jangan begitu. Cuba periksa dulu kat klinik ke hospital ke dan minta nasihat daripada doktor. Kesian si isteri yang selalu jadi mangsa tomahan,bukan anda sahaja wahai sang suami tetapi orang sekekeling juga. Kalau pun betul si isteri tak dapat nak bagi anda zuriat,jaga la hatinya. Dia dah bersusah payah mengharungi hidup bersama anda. Bayangkan anda yang dulu dan bayangkan dia yang dulu sebelum anda mengahwininya.

Jika anda yang tidak subur macam mana pula? Adakah orang sekeliling tahu? Tak mungkin kecuali anda sendiri yang mendedahkannya.

Mandul bagi lelaki luas pengertiannya. Banyak faktor yang mendorong kepada mandul. Bila si anu tak naik pun dikatakan mandul. Bila si Anu gagah perkasa tetapi masih lagi dikatakan mandul macam mana pula?
Itu lah namanya benih anda tidak berkualiti ataupun kuantiti kurang. Saya pernah terdengar orang tua-tua kalau berborak kat kedai kopi suruh anak lelakinya makan telur separuh masak biar gagah macam bapanya. Dalam hati saya ada juga la mengutuk..hehehe Astagfirullahalazimmm...

Sebenarnya nak tambahkan kuantiti dan kualiti benih lelaki adalah dengan menjaga pemakanan,jaga berat badan dan juga pakaian setiap hari.

Macam mana tu?

Pakaian: jangan pakai seluar ketat-ketat. Jangan ikut sangat trend korea yang pakai seluar ketat-ketat tu. Nanti si Anu anda tak selesa dan merajuk. Trend skin fit bukan main lagi dapat sambutan kat Malaysia ni. Adoii yaii,pening mak fikir. 

Berat badan: Orang yang gemuk dan obes memiliki Anu yang Kecil. Betul ke para lelaki di luar sana? Apa yang saya tahu kalau obesiti kualiti benih adalah rendah.

Pemakanan: Lelaki jarang nak ambil tahu pasal kualiti makanan ni. Janji sedap kat tekak mereka. Jangan begitu ye, anda harus ambil makanan yang sihat-sihat belaka untuk mendorong isteri anda dapat mengandung. Apa kaitannya? Jawapannya adalah benih anda penting. Bukan sahaja bilangan tetapi kualiti nya mesti ada.

Vitamin E dan Zink merupakan dua bahan yang diperlukan jika anda nak macho,subur dan bertenaga. Tak percaya? Cuba dulu..

Kenapa Vitamin E? Saya akan terangkan pada post bertajuk "kaitan vitamin E dengan Lelak" yang akan saya post esok hari 5 disember 2014

sekian,peace no more war..


0