My Kid Penting

Senang betul sekarang tidak perlu bawa surat lahir anak yang gedabak tu kesana ke mari. Nak bercuti je mesti bawa fail sekali, macam nak pergi meeting pula gayanya. Mana tidak, surat lahir anak-anak semua mesti kena bawa takut nanti kena saman bila pihak berkuasa nak periksa. Lagipun kes culik anak kan menjadi-jadi sekarang jadinya pihak berkuasa lebih kerap membuat pemeriksaan.

Alhamdulillah my kid aisy afina dah siap setelah 2 bulan ditunggu-tunggu. Senanglah saya nak packing barang tak payah nak bawak surat besar tu. Sebenarnya My Kid ni tak wajib pun tapi saya saja-saja buat sebab lagi mudah kan. Lagi pun ia adalah copy kepada Surat lahir. Jadi kalau incase MyKid hilang surat besar ada lagi. heehee..

Surat lahir ni kalau hilang leceh. Banyak prosedur yang nak kena ikut untuk dapatkannya balik. Jadi saya nak elak benda macam tu jadi sebab saya ni jenis yang pelupa sikit.

Nak pergi klinik pun senang. Letak kat bakul yang disediakan oleh misi tu muat. Biasanya bawa surat lahir tu memang terlindung MyKid orang lain. Hehehe..








0