TEMPAT PILIHAN MEMBELI LAUK

Kalau di Johor ni tempat yang saya paling suka untuk membeli lauk adalah dekat Pasar borong Pandan. Kebanyakan ikan yang dijual di Pasar Borong Pandan adalah baru jika dibandingkan dengan tempat lain.

Kebanyakan peniaga seperti kedai Acheh yang beroperasi 24 jam pun memborong lauk dari Pasar borong Pandan dan dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Sebab saya suka PBP harganya yang murah dan fresh. Lagipun pasar dia luas dan banyak pilihan. Memang rambang mata la kalau beli lauk kat PBP tu.

Apa yang menariknya adalah pasar tersebut hanya bukak bermula jam 7 malam sampai ke pukul 2 pagi. Jika anda datang pada hari Sabtu memang penuh dengan orang seberang je. Rakyat Singapura suka shopping malam minggu kat PBP. Bukan sahaja lauk pauk tetapi barangan lain juga seperti pakaian dan aksessori ada di jual kat PBP.

Best dapat jalan-jalan kat PBP waktu malam sambil duk ngeteh dengan kawan-kawan. 
0