Tesco Keperluan bayi lengkap di baby world

Sambil shopping barang kering dan basah sempat juga saya nak jenguk kat area baju baby kat Tesco ni. Best juga,baju budak banyak pilihan dan harga pun memang berbaloi la. Nak cari barang keperluan baby tentunya menyeronokkan terutama sekali bagi pasangan yang baru pertama kali bergelar ibu dan bapa.

Baby world kat tesco mesti tak hampakan korang,manakan tidak semua barang baby pun ada. Keperluan utama seperti lampin pakai buang, susu formula, makanan, pakaian,sabun dan krim yang berkaitan dengan baby semua tu pun ada. Seronok betul. Saya memang suka survey kat tesco,kekadang tak sempat nak survey saya terus grab je sebab malas dah nak ke shopping mall lain.



Banyak juga jenama yang ada kat baby world ni. Anakku, F & F, Assign Baby, Avent, Philip, Drypers, Mamypoko, Dugro adoii..nak sebut satu-satu dah macam laman membeli barang pula. Hehe..

Biasanya saya akan ke Tesco Sri Alam tu je. Masuk tengah hari lepas asar baru lah saya terhegeh-hegeh keluar daripada sana. Rambang mata la nak memilih barang baby. Barang harian biasa macam sabun, mee kering  dan keperluan dapur sekejap je saya cari. Yang jadi lamanya apabila memilih baju si Aisy, pampers dan susu dia. Padahal jenama yang saya guna bukannya bertukar-tukar pun.

Try la gi tengok kat Tesco jika anda belum sediakan barang keperluan bayi anda. Senang,banyak pilihan dan harga pun berpatutan. Sambil-sambil boleh ngeteh dekat area makanan tu. Kat Sri Alam lah, tak tau la pulak Tesco tempat lain.


0