Tidur dengan telefon Iphone atau Samsung anda

Setiap kali nak tidur mesti set alarm. Takut tak bangun awal esok pagi untuk solat subuh dan nak pergi kerja. Hampir semua orang buat benda yang sama setiap malam macam tu. Ada yang main game sampai tertidur lagi-lagi game clan tu. Sebenarnya telefon juga ada radiasi. Haahh? terkejut yee..

Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

**Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah
Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

**Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia
Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.

**Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik
Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mood cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.

**Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.

**Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.

**Kesan Radiasi Telefon Bimbit terhadap otak
Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.

So selepas ni kita sama-sama elakkan tidur dengan handpone kesayangan kita tu, ok..

0