Tiket Free Setahun daripada AirAsia. Percaya?

AirAsia menganjurkan pertandingan ‘AirAsia’s Great 13th Anniversary Challenge’ yang menawarkan hadiah tempat duduk penerbangan percuma selama satu tahun kepada pemenangnya.



Sesiapa yang rasa cabaran ini sila daftarkan diri anda. Hehe.. promosi yang bagus la Airasia ni. Kalau saya yang dapat ni,peh.. setiap minggu balik sabah la jawabnya.

AirAsia dalam satu kenyataan media memberitahu, pertandingan itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-13 Kumpulan AirAsia yang akan berlangsung pada 13 Disember ini di The Curve, Mutiara Damansara di sini.

‘AirAsia’s Great 13th Anniversary Challenge’ merupakan satu ujian ketahanan diri di mana peserta perlu melalui 13 jam di tempat duduk penerbangan ‘mock-up’ AirAsia.

“Para peserta bakal menempuhi keadaan cuaca yang tidak menentu dan keletihan sambil menempuhi pelbagai cabaran, bagi menguji pengetahuan mereka tentang produk dan perkhidmatan AirAsia yang pelbagai untuk menjadi pemenang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mahu menyertai pertandingan itu diminta melayari laman web http://bit.ly/AirAsia13 atau laman Facebook AirAsia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Cuba jangan tak cuba..
0