UTC memang terbaik

UTC atau Urban Transformation Center adalah sangat memudahkan orang ramai. Mana tak nya, waktu bercuti pun boleh menjalankan urusan rasmi. Memang terbaik la idea mewujudkan UTC ni.


Urusan PTPTN, Tabung Haji, buat passport dan banyak lagi la urusan rasmi boleh dilakukan di mana-mana UTC yang berdekatan walaupun pada waktu malam.

Bertuah sangat kita sebagai rakyat Malaysia ni, pemimpin memang sudah bersusah payah memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat. Cuba tengok negara lain, kebajikan rakyat tidak terbela. Alhamdulillah, untung jadi rakyat Malaysia.


Nak masukkan duit Tabung Haji Aisy pun dah senang. Tunggu abi dia cuti hari ahad baru bank in. Sangat-sangat mudah. Tahniah kepada pemimpin Malaysia Khususnya PM DS Najib Razak.

Anda dah pernah berurusan kat UTC? Kesian juga kat pekerja UTC ni, orang lain cuti mereka pula bekerja. Tapi ok lah, beberapa ratus yang bekerja di Malaysia menyelamatkan beribu yang cuti. Heeeheee..


0