Ulser si bayi

Salam semua. Dah bersawang habis blog ni..Ni baru nak hapuskan sawang la ni. Semenjak beberapa bulan ni my baby ni ada je la..demam panas,campak,ulser. Hemmm..bila tanya kakak-kakak yang berpengalaman semua jawapan yang sama. "Alaa..biasalah tu bila budak umo dah setahun memang macam tu." Ok, Jawapan yang cukup memuaskan hati..Terpaksa juga pergi Hospital Wakaf Pasir Gudang setiap kali ada masalah si baby ni.

Terletak betul-betul sebelah masjid pasir gudang

Service memang saya puji. Pernah sekali Si Baby Aisy terkena lelah diorang memang bertindak dengan cepat dan steady. Terbaik lah. Thanks yaa misi-misi dan doktor Wakaf An-Nur.

Ok,Cukup pasal Hospital wakaf. Ni yang terbaru Aisy terkena ulser di bahagian lidah. Makan,minum semua Aisy tak mau dah. Mungkin sebab pedih kot. Macam biasa lah saya bawak dia ke Wakaf Annur dan dapat ubat ala-ala losyen umtuk letak kat lidah. Memang berkesan lah tapi kena rajin sikit la sebab budak kalau tengah macam tu mana la diorang nak bukak mulut kan. Macam-macam teknik la keluar umtuk memujuk dia bukak mulut.

Ni la ubat titik losyen tu
Aisy asyik jelirkan lidah dia je. Mungkin tak selesa sangat la tu. Lagipun kalau dia tak jelirkan lidah memang la saya tak perasan dia ada ulser tu. Dan pada masa yang sama memang dia nak tumbuh gigi 4 batang sekalugus. Mak aiii..memang berdouble la budak ni rasa. Demam nak tumbuh gigi ngan ulser lagi. Tapi ada juga geng-geng yang cakap bagi minum air badak sebab panas dalam la jadi ulser tu.



Apa yang saya buat?

Saya cari buah kembang semangkuk. Semua tahu kan? Bagi Aisy minum air kembang semangkuk. Buat susu dia pun guna air tu tapi rasa nya macam tak berapa sedap la..

Selain itu, memang bagi juga air badak tu. Berpeluh habis aisy selepas minum air badak. Sebab air badak ke atau pun PCM yang Doc kasi tak tau la.. Tapi memang bagus sebab suhu Aisy makin turun.

Lupa nak cakap, masa hantar pergi Hospital Wakaf tu doc ada ambil darah Aisy sebab katanya badan budak ni macam ada bintik-bintik merah yang tak timbul kat kulit. Hemm..dapat bayangkan tak? Gambar pon tak berapa clear kalau saya upload. Dan result TPC adalah kuman memang ada dalam darah tapi tak tinggi so dapat la juga antibiotik. Mungkin Doc suspek Denggi sebab sekarang ni banyak sangat Kes area Pasir Gudang ni. Tapi, Alhamdulllah..Aisy demam biasa je.

PCM,Antibiotik dengan Ubat titik lidah tu. 3 jenis ubat RM23. Haaa...murah kan? Kalau klinik lain memang tak lari RM60-RM80 ni...

Ulser and demam tu ceritanya kena 20hb jan lepas and dah sembuh pon. Sekarang tunggu gigi dia keluar sebab gusi dah bengkak-bengkak dah ni. Ada orang bagi petua minum Gripe Water. Memang nak cari lepas ni. Cousin Aisy,Liyana memang amalkan Gripe Water dan tak demam time nak tumbuh gigi. Biasanya setakat 2 batang gigi Aisy tak demam. Ni 4 batang sekaligus takut demam lagi,uissshh...memang kena cari Gripe Water tuuu..

Sekian,jumpa lagi. Cari sekarang juga...hehe..dada..tutu..titi...





0