Anak jangkitan paru-paru

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
Baca tajuk entri dah cukup menakutkan,risau Dan macam- macam lagi la perasaan bercampur baur.
Perasaan tu saya dah lalui beberapa minggu yang lepas sebelum entri ni siap saya post. 

31 Mei 2015 memang menjadi sejarah buat Nur Aisy Afina sebab untuk pertama kalinya warded sebab sesak nafas ni. Saya nak cakap asma pun tak pasti tapi tanda-tanda yang tak best dan menakutkan tu menyebabkan saya rush ke hospital sultan Ismail. 

Pada mulanya saya yang selesema dan batuk dan beberapa hari sebelum kejadian Aisy pun kena batuk dan selesama. Macam biasa la bila batuk selesama ni perkara biasa bagi bayi kan,so saya bawak dia ke klinik terdekat. tiada apa yang merisaukan bila doc hanya bagi ubat batuk dan selesama.  Tapi hari ke 3 batuk selesama tu tak juga surut2 so saya bawa lagi sekali ke klinik Penawar dan apa yang menyedihkan Aisy terpaksa ambil Neb( bagi yang ada pengalaman pasal asma tau la). Selain tu ubat alahan paru2 dan antibiotik pun dapat juga. Yang peliknya, daripada tak deman jadi demam pula budak ni dan hampir jam 12 tengah malam nafas berombak lagi. Dalam hati tak habis2 berdoa semoga Aisy tak apa2. Saya rush sekali lagi ke klinik penawar tu dan doc cakap Aisy kena hantar ke hospital supaya misi or doc kat sana dapat pantau dan sebelum tu saya minta agar doc klinik penawar bagi 2nd Neb kat Aisy. 

Uisshhh... Dab dub la time nak ke hospital ni,maklumlah first time bawa anak sebab masalah kesihatan ni.

Tunggu nak cucuk tangan lagi. Senang sket injek antibiotik



Kesian..

Time kena warded setiap 4 jam Aisy kene Neb tu.. Sementara nak tunggu hasil keputusan darah dan x-tray yang dibuat. Memang tak boleh tidur la time ni..

Rupanya paru-paru aisy dijangkiti kuman hasil daripada keputusan x-tray tu dan darah clean. So, memang no choice la kena bagi budak ni antibiotik dan bermalam la kami kat HSI sambil dipantau oleh misi2 yang baik.

Layanan kat HSI sangat ok cuma yek la tak sama macam kat rumah la kan. 2 hari warded akhirnya Doktor pakar dah benarkan Aisy balik sebab demam dah hilang dan aisy makin berselera minum susu


PESANAN SAYA:
-Jika anak demam atau batuk berpanjangan refer doktor cepat2
-Jika anak kerap masuk neb memang paru2 ada masalah- sebelum ni aisy 2 bulan sekali neb
-Berikan anak yang setahun ke atas makanan tambahan

-Jangan kerap sangat bawa anak bermain di tempat yang tertutup ber'aircond' dan bercampur dengan bahan2 perishable cth macam econ***e dan seangkatan dengannya.

Sekarang ni saya bagi Aisy makan vitalea children. Alhamdulillah makin berselera makan dan kalau selesama batuk pun tak adalah kena neb lagi. Kemungkinan antibodi dia dah makin kuat sekarang.






Selain tu saya cadangkan pengambilan minyak ikan untuk anak2 ni. Selain untuk otak ia juga bagus untuk menguatkan sistem imun dan paru2 mereka. Dalam kes ni saya share la dengan Aisy sebab saya pon dah trimester ke 2 dah ni. Jimat dah kat situ..










0